Kali ni nak rehatkan dulu viral Wings, nanti ada masa aku sambung lagi. Entri kali ni cerita pasal makan la pulak. Pada sapa-sapa yang terpikir lunch hour nanti nak makan apa? Ni ada beberapa cadangan, harap-harap korang terliur >:)
Nasi daging merah - ekstra pedas versi D'Afeez Cafe, Medan Raya (sebaris dengan CIMB). Antara restoran yang paling best, murah dan servis cepat kat Bintulu ni.
Teh C Special dan kopi C Special (D'Afeez Cafe)
(Portdy - sila perhatikan background)
Yang ni makanan orang demam - tomyam ayam, telur dadar dan nasi putih Restoran Selera Kampung cawangan Parkcity (bersebelahan dengan Bank Rakyat). Yang entri hari tu cawangan Medan. Walaupun masakannya sedap tapi kutleri yang digunakan tak best sungguh!
PJ Corner - antara restoran kat Bintulu ni yang berkonsepkan seperti Restoran Nasik Kandar 24 Jam (depan Hotel Regency Plaza), tapi aku tak tau restoran ni bukak 24 jam atau tak, sebab tak pernah datang belah malam. Selalu tapau bawa balik rumah je.
Ayam tandoori dan cheese nan (macam tak best je kalau sebut nan keju) tapau kat PJ Corner, makan sambil tengok Avatar kat PC (PCku duniaku). Eh? Ada orang perasan Bundaberg ginger beer kat tepi tu tak? Hehehe... Lama dah tak layan Bundaberg.
Layan beb! Dua jam setengah tengok Avatar (versi sedut) malam tadi, hari tu tak sempat layan kat pawagam sebab member ajak tengok cerita Vampire's Assistant. Dah lama tak tengok filem sci-fi macam ni since Star Wars - Revenge Of The Sith. Avatar ni pada pendapat aku, macam gabungan filem Aliens (yeah Sigourney Weaver rules!), Pocahontas, The Chronicles Of Riddick, Star Wars, dan ada sikit-sikit pengaruh game Prince Of Persia. Aik melalut pi Avatar la plak, okela that was another story...
_____
Ada apa: Sekarang kalau aku tak sempat layan muvi kat pawagam, aku lebih rela sedut daripada beli cap lanun.
7 komen:
lapar aku tengok telur atas meja tu....
Nampak sedap tu...
Avatar aku tak sempat sedut lagi..banyak sangat fail dia tu..
gelas petak2....
sEMAKIN HARI SEMAKIN GENDOt
jangan selalu makan daging....nanti kena high blood...tp sadap sadap juga menu mu ni....nti kalau kami ke bintulu ko bawa kami kemari...ok bro? hehehehe
aiyakkkkkkkkkkkk..tiba2 tingin nak makan tomyam..giler lama tak makan!
jairo:
talur-taluran
skid:
member aku yg sedut, aku copy je hahaha...
pakcik kordi:
apple lady tu, branded
mhagnoth:
biar gendot asalkan ada org syg hahaha
cimca:
apapun kita mkn, asalkan input sama mcm output insyallah semuanya oke. mun mkn daging tp nda eksesais andangtah jd cematu...
mayamia:
alaaa... kat nottingham kan ada tomyam (lainla klu nasik kandaq)
Post a Comment