Kalau diikutkan lagu Sejati memang aku dah lama hafal, sejak album Teori Domino released 20 tahun lepas lagi aku dah hafal sebab selalu sangat dengar kaset, berkumandang di radio dan tv. Tapi pernah tak korang tiba-tiba blank atau celaru bila menyanyikan (kecuali karaoke) lagu yang sepatutnya korang memang hafal? Contoh kes aku ni, sepatutnya part bridge "Usia perangkap kita..." aku terus masuk part chorus "Tinggal kenangan..." kelam-kabut tukar chords, hehehe...
Kes yang berbeza dengan lagu The Trooper (yang secara terus terang aku tak berapa hafal), walaupun aku dah print lirik tapi masih buat silap. Yelah kebetulan lirik The Trooper pun dalam bentuk rhyme atau gurindam. Aku selalu salah verse, bercampur aduk jadinya.
"The smell of acrid smoke and horses breast..." Aaa? Horses breast? WTF?
Sebenarnya malam tadi kitorang buat impromptu jamming pukul 8.00 kat bilik mesyuarat (bukan kat makeshift studio), ntah kemaruk nak lepas gian. Dua-dua Bob Kandar dan gitaris jemputan Azroy on aje kasik greenlight. Kali ni Mephisto dan Behemoth beraksi. Yup seperti yang pernah dinyatakan oleh Oriaj dalam satu entri blognya, memang leceh guna multi-effects pedal kalau nak jamming, soundcheck saja dah dekat 30 minit, lain amp setting pun jadi lain... Mephisto pulak out of tune, mau jugak 10 minit nak retune balik (dah lama berperap dalam gigbag semenjak ada Les Pirate).
Tapi tak tau kenapalah sessi kali ni macam ada samtingrong sesuatu yang tak kena, tak macam sessi yang lepas. Aku manjang je salah lirik, awal masuk chorus, main bass pun kadang-kadang salah chord (padahal lagu yang memang dah selalu main), suara pun dah tenggelam tak dapat nak tarik lagu tinggi-tinggi, kebetulan petang tadi dah belasah karaoke beberapa lagu classic rock kat bilik ni jugak (praktis karaoke bersama-sama staf lain untuk perform Malam 1Kimia Sabtu nanti). Aku boleh tarik lagu tinggi tapi maksimum tiga buah lagu jela, lepas tu memang vocal out, pitching abis lari...
Aiseh... Tak HEPI la macam ni~
Btw... Malam tadi jugak aku berkesempatan belajar beberapa bassline ala-ala rock & roll dan blues daripada staf veteran kitorang (pak guard) Chief Manan.
_____
Ada apa: Belasah karaoke lagu Don't Talk To Strangers versi Jatt (BDB) dan Still Loving You versi Joey (BPR)... perit tekak dibuatnya.
8 komen:
suara koyak?
first thing bro audio system banyak membantu sebenarnya.
kalau mic pekak, echo takdek memang sakit. vocal chords ni fragile.
kedua: teknik, kalau buleh tarik tinggi guna falsetto je...kita bukan pro singer, nak nyanyi guna suara sejati hehehe
ketiga: hang nyanyi dan main bass memang susah sikit tapi kalau buleh buat kan rasa puas gitu. apapun aku tengok hang okay la bro.
prektis mek perfek.
ke4: lupa lirik, sebab mind distract kot? contoh masalah ngan GF ke hehehe
sekian sahaja pendapat 20 posen saya
kita tunggu pendapat bro2 yang lain.
Alah, apa ada pasal!! Hentam saja laaa... Tu le kelebihan heavy metal, hentam je...
porty:
aku dulu blajar tarik pun drp falsetto jugak time gila lagu2 king diamond hehehe...
skid:
hahaha... mcm tu nak try growl la mcm manggas hahaha!~
tetek kuda?hahahaha..cmne leh tersasul gitu,,tp tkpe//org bkn perasan pun..hehe..
mengong ko~
tu maknanyer ko dah nyanyuk~
tu la semalam ko lupa makan ubat gila~
ala.. kacang bah itu (dengan nada heksen yg amat sangat) hahaha
aku taknak dah nak pakai multieffect ni... nyampah...
pakcik kordi:
video kat fb pun aku rasa mcm aku sebut 'horses breast' jugakla
ayuchokichoki:
dah tua tp blm nyanyuk lg
takilala:
haaa... cuba ko nyanyi lagu2 manggas guna clean vocal lbh2 lg lagu total tabak bauta & lagu baru apa tajuknya tu? kompom karau tatawa malakik!
oriaj:
tp vox satchurator tu mmg aku puas hati, simple, bunyi berat, tahan pukul & sig series jugakla. last minute ubah pkrn mula2 mau beli boss mt-2
Post a Comment