Dah dekat dua hari aku tak buat entri, kira entri kali ni aku membuyuk (cheating) backdate pi 11/2/2010 oke? Hahaha! Disebabkan viral Wings macam dah nak reda, aku rasa ni entri Wings aku yang terakhir untuk bulan ni (bulan-bulan akan datang tak pasti lagilah).
Album kedua Wings bersama Mus (betul ke?) Mencari Asal-Usul keluaran tahun 1998 pada pendapat aku merupakan album paling best Wings bersama dengan Mus sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni kecuali Hidup Sederhana memang best belaka (mungkin Muspeeda ada pendapat lain). Aku dah lupa bila aku beli CD ni sebab tak tulis kat inlay, maybe somewhere penghujung 2008 atau awal 2009 kot? Kat Speedy Video Bintang Plaza, Miri dengan harga RM12.90 (sekarang ni promosi boleh dapat dengan harga RM30 untuk tiga CD!)
Cover art yang aku rasa tak best, sekarang ni dah jarang orang guna gambar band untuk cover. Tak boleh lawan cover art Mr. Barbarik (yang aku belum ada).
Dari lagu-lagu rancak Sakit Bantal Empuk, Badan Belut Kepala Ular, Dilailah, 18000 Sayap yang memang henjut kepada lagu-lagu balad killer seperti Padamkan Lampu Tidurmu, Krisis Di Pertengahan Hidup, Hati Sulam Lain dan Bukan Kerana Matahari... Semuanya penuh dengan intro, riff, solo yang menarik. Aku tengah praktis intro bass lagu Krisis Di Pertengahan Hidup. Yang pastinya suara Mus memang ngam untuk lagu-lagu dalam album ni, kalau suruh Awie nyanyi mesti dah tak best...
Album ni aku layan kaset (housemate aku) waktu aku second year kat USM penghujung tahun 1998 (kalau tak silap time bulan puasa kot?), layan bersama-sama album Orang Asing, kalau dengar lagu-lagu dalam album ni teringat nostalgia tengah bertungkus-lumus menyiapkan "kerja rumah" tutorial kimia organik. Waktu ni jugak aku tengah gila main game Tomb Raider III: Adventures Of Lara Croft berebut PC dengan housemate aku yang jugak tengah gila main game Fallout 2.
_____
Ada apa: Padamkan lampu tidur, tutup mata, fikirkan... Aku tadak lampu tidur, kadang-kadang tidur pun terlupa nak tutup lampu.
3 komen:
antara hasil terbaik wings yg sangat gua puji... intro lagu 'mencari asal-usul' cukup membuat gua teringat zaman late 80's dimana rock itu wajib, rambut panjang itu cool, belajar gitar itu mesti, walkman itu perlu, kasut hi-cut itu dasyat, saputangan key merah itu sudah tentu...
Lagu Dilailah (idup mati damai perang) gua dengar je sudah berpeluh, yg lain-lain toksah cakap ah, memang killer album ah...
aku tak ingat cd aku 1st pressing ker apa...tapi beli cd ni dapat cd lagu2 campur rock melayu bertajuk Hardcore Metal...kira 2 dalam 1 la..nanti rajin aku tampal kat blog..
macam back cover load..
Post a Comment