Bungkusan dari US yang aku dapat Isnin lepas. Berisi album Blooddrunk daripada Children Of Bodom. Ya aku tau, memang aku dah ada CD album ni, tapi disebabkan kes tak puas hati sebab dapat CD imitation, aku order lagi... Alang-alang order, aku order versi CD/DVD digipak terus!
Kali ni aku taknak cerita banyak, sebab aku dah cerita kat entri Blooddrunk yang lepas. Cuma selepas beberapa bulan layan album ni, aku dah dapat lagu favourite - Hellhounds On My Trail, Blooddrunk dan Smile Pretty For The Devil yang diminit-minit akhirnya ada solo trade-off antara gitar (Alexi) dan keyboard (Janne)... Trademark COB.
eBay purchase info
- Purchased from: suffer999
- Location: USA
- Condition: used
- Price paid: US$5.99+6.00 (RM41.09) menang bid
- Ordered: 9/3/2010
- Received: 29/3/2010
- Label: (P) 2008 Spinefarm Records (C) 2008 Magic Arts Publishing
- Distributed by: Fontana Distribution LLC
- Made in: USA
Walaupun statusnya used, tapi CD ni masih nampak baru, CD/DVD kat dalam masih shiny scratchless, inlay macam belum pernah dibuka atau dibaca, kecuali bucu digipak yang dah haus (antara sebab kenapa aku tak suka digipak).
DVD info
- Audio format: Dolby Digital 5.1, DTS and Linear PCM
- Video format: NTSC, aspect ratio: 16x9
- Region code: all regions
- Duration: 54 minutes
- Blooddrunk video
- Making of the video
Untuk versi DVD ni, kandungannya utamanya merupakan keseluruhan lagu-lagu dalam album yang boleh dimainkan dalam mode Dolby Digital 5.1 atau DTS surround system, maknanya memang best kalau pasang guna home theater system atau PC yang ada 5.1 sound system.
Selain itu terdapat dua video iaitu (1) videoclip lagu Blooddrunk dan (2) the making of the video. Aku nak letak YouTube videoclip lagu Blooddrunk, tapi embedded has been disable, jadi kalau korang nak tengok jugak, sila klik link ni -> http://www.youtube.com/watch?v=qE1xsjZYoy0
CD audio (kiri) dan DVD (kanan) yang nampak lagi colourfull.
Perbandingan
Kalau ikutkan mata kasar, imitation CD versi Hong Kong langsung tadak menunjukkan ia adalah imitation (aka CD pirate @ cetak rompak). Tapi pada sapa-sapa yang biasa beli CD ori dan CD versi Asialink (macam aku), memang akan dapat membezakannya. But since Blooddrunk imitation CD aku dapat dengan harga yang murah lebih kurang harga Asialink, so tak terasa ripped-off sangat la, aku anggap aku dah beli versi Asialink.
Versi original CD/DVD (kiri) dan versi imitation CD.
Versi imitation CD dan versi original CD/DVD (bawah). Tak nampak perbezaan kan?
Inlay versi CD imitation (kanan) tadak info pasal DVD.
Sebenarnya aku nak tunjuk perbezaan yang detail, tapi disebabkan kamera aku (bukan DSLR) tak dapat zoom macro shot dengan lebih detail, paham-paham sajalah... Jadi, apa kejadah aku nak buat sampai dua album Blooddrunk ni? Yang ori aku simpanlah dalam rak koleksi, yang imitation pastinya akan melepak dalam Imago aku sepanjang masa...
More info check-out their official COBHC.com website. Current status: 7th studio album is on the works, studio is booked for the summer!
_____
Ada apa: Studio album COB aku dah complete...
2 komen:
first time aku dengar COB klik hang punya link ni. Best jugak, ada mcm chuck schuldiner....
mhagnoth:
klu muzik COB ni aku masih boleh layan lagi...
Post a Comment