Sabtu lepas 17/4/2010 - Jangan salah paham, 'wasted' yang aku maksudkan bukanlah sessi ni yang wasted (terbazir), tapi sessi kali ni kitorang try cover lagu Iron Maiden kegemaran aku iaitu Wasted Years (berpandukan kepada DVD Guitar Techniques Of Iron Maiden dalam entri lepas). Bob Kandar memang tau lagu ni jadi drumroll tak menjadi masalah, cuma Azroy je tak tau lagu ni... Tapi kelebihan Azroy ni, bagi je dia dengar mp3 lagu ni 2-3 kali, cepat je dia dapat tangkap intro licks dan berpandukan bassline, senang-senang je dia buat solo sendiri...
Sessi bermula dalam pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10.00 malam, biasanya kitorang akan berhenti bila Bob Kandar dah mula merungut penat nak ketuk drum. Mulanya Azroy datang dengan Shahrin... Tapi ntah apsal lepas setengah jam Shahrin kelam-kabut balik awal (awek call kot? Hahaha).
Equipments? Untuk sessi kali ni Kelly Kelly aku direhatkan, cuma guna Mephisto saja sebab aku tau Azroy suka main tremolo dan digandingkan dengan Behemoth (Satchurator dah dijual). And my Black Ice was hooked up with BOD100 (tak guna B2).
Seperti biasa, lagu Hati Emas, Sejati dan The Trooper dah jadi lagu wajib, jadi setiap kali ada sessi jamming pastinya kitorang akan main lagu ni.
Selain cover lagu-lagu Wings seperti Sejati, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, atas permintaan Bob Kandar kali ni jugak kitorang cover lagu Audioslave Be Yourself. Aku pun makin suka dengan lagu ni semenjak tengok HBK farewell speech on Raw, this song was his farewell theme song on Raw that night... So, I play this song as a tribute to HBK.
Lagu Be Yourself ni sebenarnya lagu kegemaran Bob Kandar, yela takkan manjang nak main lagu kegemaran aku je kan? Lagipun bassline lagu ni senang je BDGE ulang-ulang dari intro, verse, solo, bridge, outro sampai abis (macam lagu Zombie), antara kelebihan lagu-lagu Alternative, skali-skala main Alternative best jugak eh?... Walaupun lirik ada, tapi aku tak reti nak nyanyi lagu ni, jadi kira main instrumental sajalah. Azroy dapat cover hampir 80% guitar works Morello untuk lagu ni (ntah Azroy kenal ke tak siapa Tom Morello ni) kecuali part wah-wah solo, nanti nak kena ajar dia guna expression pedal kat Behemoth as a wah-wah pedal.
Lagu kegemaran Azroy? Dia lagu apapun dia suka main, sebab dia enjoy main gitar... Tapi awas kalau dia dah start main Metallica, tak terkejor aku yop!
Bob Kandar berkeras nak pose dengan Black Ice aku memandangkan Kelly Kelly direhatkan untuk sessi kali ni. Dan rungutan Bob Kandar (seperti biasa) pasal amp berasingan untuk bass tetap ada seperti sessi-sessi yang terdahulu... Ya aku tau, tunggu la bulan depan aku beli amp bass, 30+ watt rasanya cukup la kot untuk bilik kecik macam Hepi ;) makeshift studio ni. Mikrofon sendiri pun kena beli jugak ni nanti, mikrofon cilok dari bilik sebelah (bilik mesyuarat) yang aku guna ni macam dah kureng sikit.
Berbalik kepada lagu Wasted Years tadi, memainkan lagu ni merupakan suatu pengalaman yang baru untuk aku. Disebabkan bassline lagu ni lebih kompleks berbanding The Trooper, jadi susah aku nak tumpukan perhatian main bass sambil nyanyi sekaligus. Jadi seperti lagu Be Yourself tadi, lagu Wasted Years ni pun kitorang main secara instrumental sahaja - versi kitorang la bukannya 100% macam lagu asal, lagipun Azroy baru je dengar lagu ni 2-3 kali. Perlu banyak latihan lagi ni...
_____
Ada apa: Waktu ni aku masih lagi batuk-batuk, jadi tak berapa nak nyanyi sangat...
2 komen:
aku dgr kelly tu mau kena tukar pick up baru.. betul ker???
oriaj:
betul... pikap biland khan
Post a Comment