[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #7]
Disebabkan DVD ni ada kaitan dengan Iron Maiden, secara tak langsung entri ni boleh dikategorikan dalam label Maiden Tribute aku. Guitar Techniques Of Iron Maiden yang aku beli kat Chin Chin Music Centre Ahad 4/4/2010 yang lepas dengan harga selepas diskaun RM21.00 (harga asal RM22.90), distributed by Brilliant Sound Entertainment. Terdapat lima kuliah lagu klasik Iron Maiden untuk dipelajari iaitu:
- The Number Of The Beast
- Run To The Hills
- The Trooper
- Wasted Years <- cool!
- Can I Play With Madness
Lagu-lagu dalam DVD ni semua guna standard tuning berbanding DVD Metallica dan Nirvana yang ada beberapa lagu terpaksa drop tune half atau full steps, menyusahkan... Nanti aku nak set Mephisto untuk standard tuning dan Kelly Kelly untuk drop tuning.
Jangan hairan kenapa aku suka beli VCD/DVD belajar gitar macam ni, sebab aku tadak mentor... Jadi VCD/DVD macam ni sajalah mentor aku untuk belajar main gitar.
Seperti siri-siri yang lain, publisher DVD ni tak buat homework, letak gambar untuk cover DVD main tangkap muat je:
- Janick Gers is 'a new guy' (don't get me wrong, I like Janick showmanship way much better than the other Maiden guitarists), kan lebih sesuai kalau letak gambar Dave Murray atau Adrian Smith.
- Lima lagu yang ada dalam DVD ni merupakan lagu-lagu zaman sebelum Janick, sekali lagi aku rasa tak sesuai letak gambar Janick sebagai cover.
- Gitar yang terpampang
(ntah apa brand/model)[edited: info from Bro Sub, it's a Fender Mustang] tak pernah sama dengan Fender Stratocaster yang diguna/dimiliki oleh Janick (macam kes Metallica, gambar James Hetfiled tapi diorang letak gitar Dean VMNTx Dave Mustaine sig).
Mentor kita untuk DVD ni ialah Danny Gill, mentor yang sama dalam DVD Nirvana. Kelebihan Danny Gill ni berbanding James Humphries (mentor DVD Metallica) ialah dia tak banyak celoteh, straight to the point dan slang American yang dah biasa dengar, kalau James Humphries telampau banyak cakap benda-benda teknikal, slang pelat British susah nak tangkap apa dia cakap dan selalu tunjuk muka cerewet macam Mr. Bean hehehe...
Ada dua disc, disc 1 merupakan DVD kuliah belajar gitar lagu-lagu Iron Maiden song-by-song, step-by-step, part-by-part. Disc 2 pulak merupakan audio CD lagu-lagu yang dipelajari dalam DVD disc 1 ala-ala minus one atau karaoke. Aku dah convert pi mp3 jadi senang nak pasang waktu praktis jamming nanti.
Yang bestnya daripada lima lagu Iron Maiden dalam DVD ni, dua daripadanya merupakan lagu favourite aku iaitu The Trooper dan Wasted Years. The Trooper yang sememangnya dah menjadi lagu wajib setiap kali sessi jamming dan semestinya tak menjadi masalah, cuma nak asah lagi part intro licks dan pelan-pelan belajar part solo.
Wasted Years, yang ni suatu pengalaman yang baru sebab lagu ni agak kompleks berbanding The Trooper, mungkin agak sukar kalau aku nak cover vokal sambil main gitar/bass. Dengan kata lain perlu banyak latihan la kalau nak cover... Tiga lagu yang lain buat masa ni, belum berminat lagi nak masuk kuliah.
Okela, get your guitar, play this DVD, crank-up the volumes and jamm on!
Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Bila la agaknya aku nak beli VCD arwah Samad ni...
2 komen:
woit! iron maiden guna Fender Mustang kot? he he...
tak tau la kalau diorang guna mustang dlm studio
tapi selalu live konsert maiden axemen slalu guna stratocaster. except smith slalu guna san dimas sig, kdg2 guna SG or rare appearence of destroyer
Post a Comment