Album AC/DC Back In Black yang diterima bersama-sama CD lain dalam bungkusan dari Kanada Isnin lepas (26/4/2010). CD ni jenis DualDisc, sebelah merupakan format CD audio dan sebelah lagi format DVD (macam CD Overkill yang aku ada).
Format DualDisc ni memang susah nak jaga, Overkill aku dah calar-balar belah DVD waktu aku pasang dalam Imago... Jadi ikut pengalaman, format DualDisc ni tak sesuai dipasang pada self-loading player (player jenis tadak tray macam player dalam kereta).
CD diterima dalam keadaan yang agak memuaskan, jewel case yang agak lain bentuknya (bukan super jewel case) tapi sayangnya engsel dah patah. (P) 1980 Leidseplein Presse B.V. (C) 1980, 2003, 2004 Leidseplein Presse B.V. (Ntah yang ni dah pressing keberapa dah ni?) Manufactured by Epic, a division of Sony BMG Music Entertainment. Album ni US pressing sebab ada logo dan amaran FBI Anti-Piracy.
Tracklist
Audio CD side
- Hells Bells
- Shoot To Thrill
- What Do You Do For Money Honey
- Givin The Dog A Bone
- Let Me Put My Love Into You
- Back In Black
- You Shook Me All Night Long
- Have A Drink On Me
- Shake A Leg
- Rock And Roll Ain't Noise Pollution
Lagu favourite? Back In Black, Shoot To Thrill (malam tadi dengar versi muvi Iron Man 2 best!), You Shook Me All Night Long dan Rock And Roll Ain't Noise Pollution. Antara lagu-lagu AC/DC yang selalu aku dengar berkumandang di Braingell Radio, yang membuatkan aku terkena tempias AC/DC suatu ketika dahulu...
*Imej AC/DC Iron Man 2 link dari Wikipedia.
DVD Side
- Entire album in superior sound
- Video Documentary "The Story Of Back In Black"
- On-screen discography
Dokumentari "The Story Of Back In Black" ni cerita sedikit sebanyak pasal sejarah AC/DC pra dan pasca kematian vokalis utama Bon Scott dan cerita pasal album ni antara best-selling albums worldwide (#2 sumber Wikipedia, kalah dengan album Thriller).
Aku bukanlah peminat tegar AC/DC ni, tapi memang enjoy dengar lagu-lagu diorang ni dan paling sesuai didengar waktu driving long distant, walaupun kebanyakkannya hampir sama (pada pendapat aku lah). Seems like Rock & Roll music was a timeless tune... Ini terbukti dengan style muzik dan petikan gitar Angus dan Malcolm Young yang mampu bertahan lebih 30 tahun tanpa banyak perubahan! Antara formula yang digunakan oleh beberapa band lain untuk bertahan lama.
Tapi siapalah aku nak cerita lebih-lebih pasal AC/DC ni kan? Biarlah peminat tegar dan otai yang sambung cerita dan pendapat dalam ruangan komen :)
More info visit AC/DC Official Website.
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari album AC/DC Iron Man 2 (soundtrack)...
4 komen:
Tak pernah dengar album ni. Kalau dengan Black album Metallica mana lagi best? hehe...
mhagnoth...kalau ikut majoriti memang album ni lagi best...tengok je la berapa juta unit worlwide terjual...dasat ooo
tapi kalau ikut selera...tu memasing la...macam aku memang susah nak lekat ACDC ni...
mhagnoth:
aik? xkan xpnh dgr lagu back in black? koman2 pun lagu u shook me all night long... metalika tu dah lain genre xleh nak banding2kan
berteromber:
aku pun xdela melekat sgt dgn ac/dc ni tp klu dah dgr mmg enjoy, klu aku nak kumpul pun maybe compilations @ best of saja kot...
satu band aku nak nengok live
ialah ACDC ni la
aku nak tunggu live in Argentina tu la..
what a spectacle!
Post a Comment