Disebabkan aku dah segan nak cilok mikrofon bilik mesyuarat setiap kali jamming, ada baiknya aku beli mikrofon sendiri. Bukannya mahal pun kan? Gitar harga empat digit mampu beli ye tak?
Jadi aku memilih mikrofon Sony model murahan F-V120 yang berharga RM33.00 (harga standard) dibeli dari Sony Style, Parkcity Mall.
Cheap plasticy feel, ringan dan tidak menggunakan XLR balanced connector. Kabelnya adalah fixed, dengan kabel nipis sepanjang tiga meter (nipis macam desktop microphone). Aku tak nak beli Sony model mahal RM100+ sebab lepas ni ada "projek lain".
Sony dynamic microphone model F-V120.
So far, daripada sessi "pandu uji", walaupun mikrofon ni nampak cikai tapi ia kurang memberikan feedback berbanding mikrofon Carol bilik mesyuarat yang selalu aku guna. That's Sony quality for you~ Tapi, dapatkah ia bertahan sessi jamming yang akan datang?
Oh btw, tadi aku ada mentioned pasal "projek lain" kan? Aku bercadang nak beli mikrofon Wharfedale Pro model DM3.0S pack of three apabila CK Music buat Year End Sale hujung tahun ni. Harga pasarannya dalam RM200 je, not bad eh?
Imej link dari website Wharfedale Pro.
Selain daripada untuk kegunaan jamming, set mikrofon ni jugak pastinya akan berguna untuk acara-acara lain di masa akan datang, sama ada rasmi atau tidak.
_____
Ada apa: Shure?
4 komen:
mic dah ada.. digitech vocal effect bila lagi??
dulu pernah ada mik professional Behringer. Tapi nak rekod vokal memang payah, susah nak buat dalam bilik.
p/s: buang word verification tu. Senang sikit nak komen.
MY FAFOURITE BRAND - SONY
Aku kalau ada duit lebih nak sambar earfon sony yang ada noise cancellation untuk discman aku. RM400 lebih jugak. fuh
jairo:
ko pnh buat eksperimen vokal + mfx gitar x? best ooo bunyi :)
aku cocok mic kat micro-cube, guna jc clean channel + efek phaser + reverb sket2 mmg best! klu guna channel r-fier lg kick
xpyh mahal2 beli itu digitech
abg ben:
yg tu mungkin condenser mic kot, bkn dynamic mic
mhagnoth:
telampau premium to beb, berbaloi ke stakat guna utk dgr walkman?
tp headphone sony RM60+ MDR-XD100 yg aku ada pun dah sedap bunyi inikan pulak yg mahal
Post a Comment