Straight to the point, review yang ringkas untuk distortion pedal (stompbox) Moen MO-VM Violent Metal yang aku perolehi Rabu lepas.
Decal "tengkorak" yang agak kvlt!
Tiga test rig untuk eksperimen dan sessi hentam sajalah:
- Abominations -> MO-VM -> UCG102 -> Sony MDR-XD100 headphone
- Abominations -> MO-VM -> B2 (bypass mode, untuk preamp sahaja) -> MDR-XD100
- Abominations -> MO-VM -> Micro-Cube (JC Clean channel + some soft delay/reverb)
Hasilnya? Bunyi yang memang memberangsangkan, sustain yang agak panjang, distortion pun "berpasir" boleh menyaingi pedal-pedal distortion lain yang pernah aku cuba - MT-2, Satchurator.
Enam tombol (knobs) - LOW, MID, HIGH, LEVEL, FREQ, DIST.
Adakah ia klon MXR M-116 Fullbore Metal? Tanpa noise gate.
Tombol-tombol lain tak payah aku nak cerita, cuma aku nak tekankan sikit mengenai tombol DIST. Here's what I've found out so far:
- Keadaan "disabled" (dalam pukul 7) bunyinya seakan-akan warm overdrive.
- Sehingga pukul 9 distortion agak berpada-pada sesuai untuk main lagu-lagu Rock.
- Antara pukul 9 hingga pukul 12, distortion agak bingit sesuai untuk main Metal.
- Antara pukul 12 hingga tahap maksimum (dalam pukul 5) distortion seperti tadak perbezaan langsung! Sama je bunyi...
Adakah pedal ni bermasalah? Atau adakah ia hanya akan menghasilkan distortion output yang ketara berbeza jika menggunakan amp yang besar? Yang ni aku nak test hujung minggu nanti kalau jadi jamming.
Tombol-tombol lain sama je fungsinya macam bermain-main dengan tombol-tombol pada MT-2, tapi dua tombol yang memberikan perbezaan yang ketara ialah tombol MID dan FREQ. Pulaslah ikut selera sendiri.
Setakat ni setting aku seperti berikut: LOW (3), MID (2), HIGH (1), LEVEL (12), FREQ (10), DIST (12)
Tempat bateri yang agak kemas dan senang nak dibuka
tak seperti tempat bateri pedal Behringer.
Pros
- It's in metal casing, built like a tank, tahan
pukulpijak. Stomp switch pun kukuh macam stomp switch kat Satchurator dan Metal Muff. - Cosmetic - decal "tengkorak" pedal ni memang ngam dengan namanya. Bukan selalu kita jumpa pedal yang ada decal.
- Distortion yang agak umph! Tombol DIST dalam keadaan pukul 9 hingga 12 merupakan tahap "sweet spot".
- Ekonomi, harga tak sampai RM200... To be precise, I bought it at RM17x + RM10 postage.
Cons
- Tombol DIST yang tidak memberikan apa-apa perbezaan selepas pukul 12 sehingga tahap maksimum (unit faulty or result may vary with bigger amp?).
- Documentation yang agak ciput.
- Agak besar dan berat berbanding stompbox standard Boss atau Behringer.
- Masih lagi berada dalam kategori "cap ayam" dan kurang diketahui umum.
Review ni berdasarkan pendengaran dan playing level aku yang berada pada tahap beginner, ia hanyalah pendapat peribadi aku (yang tak seberapa). Mungkinkah pedal ni bagus/teruk pada pendapat/pandangan/pengalaman orang lain? Itu aku tak tau... Hujung minggu nanti nak try pedal ni waktu jamming.
_____
Ada apa: Need another chorus, delay and compression pedals.
2 komen:
saya pernah cuba pedal ni, walaupun distortion boleh dikatakan dalam tahap ganas tapi rasa macam ada yg terlupa nak ON bila dah activate- macam ada yg sekat persembahan pedal ni...
yup, mcm ada sesuatu xkena dgn pedal ni
baru test jamming ptg td... bypass mode bunyi tak kuat (is it a true bypass?) tp bila activate distortion mode, bunyi mmg kuat terpaksa set LEVEL knob 9 o'clock shj
Post a Comment