Khamis 21/10/2010 - Pagi ni aku menerima bungkusan poslaju dari Melaka, non other than Pusat Muzik Reco (Reco).
Berkaitan masalah MO-VM seperti entri lepas? Semalam (Rabu) aku dah memulangkan semula kepada Reco via poslaju. Sebelum memulangkannya, aku dah runding-runding dengan Miss Ng (atas sebab-sebab tertentu) supaya digantikan atau dinaiktaraf dengan distortion pedal yang lain selain MO-VM. Dah tawar hati dengan dengan produk Moen.
Miss Ng bersetuju untuk menggantikannya dengan distortion pedal yang lain. And as a mutual respect and trust, ia jugak dihantar pada hari Rabu (cross-send).
So, what did I get?
Enter Boss Distortion DS-1!
Neatly wrapped. RM220 cuma harga tampal.
Dengan beza harga dalam RM20 berbanding MO-VM, sekurang-kurangnya pedal ni tak perlu diperkenalkan dan dikompromi lagi. It's a legend pedal...
Resit, owner's manual, Roland/Boss warranty card, product lineup catalog, important notes, leaflet bla bla bla... Ui, banyak gila documentations dalam packaging Boss ni.
So far aku dah test dengan rig yang sama macam aku test Metal Zone MT-2 raya lepas. Well, that Boss sound and quality for you!~ Walaupun tak se-Metal pedal MT-2, tapi senang-senang je dapat distortion lagu-lagu Hard Rock, Heavy Metal dan Grunge. Kira oke la kot kalau digandingkan dengan Replacement aku yang selalu digunakan untuk main lagu-lagu lama Wings dan Iron Maiden.
Three knobs - TONE, LEVEL, DIST.
Made in Taiwan.
Nantilah aku buat entri lain review pasal pedal ni. Credits to Miss Ng from Pusat Muzik Reco. Sapa-sapa yang kat Melaka tu, aku rekomen korang pi kedai Reco ni.
_____
Ada apa: Boss, Sivaji The Boss...
7 komen:
Kaler kuning ni memang dari kecik lagi aku dah teruja. Macam Case 580E
good choice bro! Walaupun DS-1 bunyi macam slack sikit, tapi 80's punya sound memang senang dapat.
Try Humbucker/Single pups setting, bunyi beza banyak beb.
mhagnoth:
hahaha case 580e warna kuning la bro bkn oren, klu super overdrive SD-1 baru ngam sama warna kuning mcm case 580e
muspeed:
ngam la klu main lagu2 lama wings, kembara, lefthanded, sweet charity... sound maiden 80an pun mmg ngam (the trooper, wasted years)
dia kena main full ensemble band baru kena. Sebijik je main memang dengar tak sedap.
saya ada pedal ni. ramai yg sangka ni jenis distortion ganas tapi bunyi batok budak2 lebih ganas... lebih objektif jika digunakan sebagai booster untuk amp atau distortion lain.
abg ben:
aku tgh cari gitaris (berjiwa metal dan ada equipment sendiri) yg berstatus "penjawat awam" di bintulu ni, so far dah jumpa 2 org - sorang LHDN, sorang cikgu
bro sub:
oke jugak distortion DS-1 ni, suam2 kuku... tp blm try jamming lg
kalo suka intensity DS-1 tapi nak lebih crunch- cubalah Blues Driver :-)
Post a Comment