Pagi ni sibuk kemas beberapa barang kecil-kecilan sebab nak pindah rumah hujung bulan ni (kontrak sewa tamat 31/10), minggu depan baru nak pindah barang besar-besar pulak. Rumah sewa baru nanti nun jauh kat area Kidurong (tak jauh dari bazaar Ramadhan Kidurong hari tu) lebih kurang 10-15 minit drive dari Bintulu town. Selama aku bermastautin di Bintulu ni sejak 2006, dah masuk empat kali dah pindah rumah.
Daripada tiga orang housemate yang menyewa, aku sorang saja yang banyak barang... Koleksi CD, DVD, ICT stuff, barang-barang kegitaran, majalah dan buku. Itu tandanya orang ada hobi, ye tak?
Cerita pasal CD, ni dia koleksi audio CD aku, 70-80% daripadanya dibeli melalui eBay, selebihnya Speedy Video, Goblinz, Victoria, dB Music, Campbell's dan beberapa kedai-kedai CD/DVD tempatan seluruh Malaysia yang lain.
Waktu kemas-kemas, tak sangka pulak koleksi aku dah sampai dua kotak! Tapi masih tak boleh lawan koleksi Abang Ben, Deaf-Angel, Berteromber mahupun Takilala. Dorang ni semua dah masuk kasta atas atau pengumpul tegar. Aku? Aku cuma kumpul band-band dan album-album tertentu sahaja.
Koleksi album-album Iron Maiden aku mencecah 20+ CD, paling banyak dalam koleksi, diasingkan... Nanti nak buat entri lain pasal koleksi Iron Maiden ni, simpan idea untuk marathon blogging 1h1e1m v2.0 akan datang.
Antara koleksi lain yang hampir lengkap - Blind Guardian, Bruce Dickinson (album studio dah lengkap), Children Of Bodom (album studio dah lengkap), Kamelot, King Diamond, Manowar, Megadeth, Metallica, Nightwish, Nirvana dan Wings (ada jugak masuk koleksi artis tempatan tau~).
_____
Ada apa: Nanti kahwin, nak kena pindah lagi~ Aduih, dua kali kerja...
7 komen:
Aritu aku p kedai cd beli plastik bungkus CD RM13 ada la kot 2 3 ratus helai. bungkus semua koleksi aku... protect sikit dia punya jewel case. Aku kalau bab handle CD ni cermat sikit...bukan apa sayang. Bini aku pun geleng kepala tgk aku masa masukkan CD dalam discman....sungguh cermat. Ni kalau hang display dalam almari cermin syok ni..
fuyoo...agak2 dah berapa ribu abis ek?..heheh..
mhagnoth...dulu aku pernah display dlm gobok cermin...tapi dlm suasana anak2 sedang nak membesar...mmg tak sesuai...abis dorang buat mainan...
mhagnoth:
klu rmh sendiri ada bilik khas mmg aku akan susun cantik2 kat rak, la ni lepak dlm kotak jela
berteromber:
ntahla... aku pun xkira, estimated dlm RM3k kot?
Cd enhanced IM tu kasi komplit, bedusa mun nda komplit...hehehe
Hmm x pa la nanti bila dah pindah duduk rumah sendiri buat satu kabinet untuk koleksi . Pakai kaca tebal 1 inci...kunci. Pasti putih mata punya budak2.
takilala:
bedusa ih... versi enhanced tggl 2 ja lg
mhagnoth (lagi):
jauh lg wawasan tu bro
agree
maybe beli binder atau plastik isi cd tu, keluarkan semua inlet, buang plastik casing.
Post a Comment