Sabtu 2/10/2010 - Pukul 3.00 petang aku ajak *ehem-ehem* aku pi jalan-jalan kat Borneo International Kite Festival 2010. Festival ni merupakan acara tahunan dalam kalendar Bintulu dan tahun ni merupakan tahun keenam ia dianjurkan. Entri tahun lepas boleh baca di sini (part 2 di sini).
Tahun ni ia diadakan dari Khamis 30/9/2010 sehingga Ahad 3/10/2010, lokasi yang sama iaitu Lapangan Terbang Lama Bintulu (Bintulu Old Airport) yang sememangnya kawasan luas dan lapang di tengah-tengah Bandar Bintulu. For more info about this event, please visit Borneo Kite official website.
Kebiasaannya festival ni diadakan dalam bulan Ogos, tapi memandangkan bulan Ogos tahun ni merupakan bulan puasa, jadi ia ditunda ke bulan Oktober. Seperti festival tahun lepas, tapak festival dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual macam-macam, dari gerai menjual makanan dan minuman (tahun ni tadak gerai KFC/Pizza Hut) sehingga gerai menjual kereta!
Tak banyak aku nak cerita, kita layan gambar sajalah ye...
Aturcara majlis dari hari pertama sehingga hari terakhir.
Aku suka menalah warna-warni ni, especially yang macam kincir pusing-pusing tu.
Pentas utama untuk acara persembahan kesenian dan muzikal pada sebelah malam.
Big Boss pun ada turun padang!
E'eh ada Ayah Pin.
Antara layang-layang yang dijual.
Aku rasa layang-layang dari Indon yang bernama Barong ni merupakan layang-layang yang paling brutal dan kvlt diterbangkan pada petang tu. Btw, this kite was f*cking HUGE!
Pak Badut, jugak dari Indon sejurus sebelum menyembah bumi, sebab angin tak kuat.
Yang ni namanya 3D kite kalau tak silap dari Itali.
Brader Louie (bukan nama sebenar) naik tension sebab angin tak kuat.
Sponge Bob?
Semua gambar diambil menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-S930 yang cikai... Tatkala orang lain ke hulu-hilir menggantung kamera DSLR kat leher.
_____
Ada apa: Aku rasa festival tahun ni jadi trend gantung DSLR kat leher berbanding tahun-tahun lepas.
4 komen:
aku tengok layang2 dia lebih kurang sama jek yg macam kat Johor...
mesti peserta org yg sama...
huhu nice photos
aku suka barong tu...lawa ko ambik
Kikik kulilawar
berteromber:
aku rasa org yg sama la kot...
deaf_angel:
cybershot murahan saja~
takilala:
inda laku kikik kulilawar atu
Post a Comment