Krim soda lagi sekali, tapi kali ni betul-betul super krim soda "Cap Itik". Disebabkan ia super krim soda siap ada gambar Superman lagi, tapi aku tak tau diorang guna imej Superman ni dengan kebenaran DC Comics atau tak.
Master Yoda sekadar hiasan.
Bila aku cakap "Cap Itik" aku bukan main-main, memang betul jenamanya "Cap Itik"! Tak caya? Tengok gambar sebelah kanan ni.
Rasanya lebih kurang macam rasa krim soda F&N, boleh tahan manisnya tak macam krim soda laminit entri yang lepas yang agak sintetik. Walaupun harganya 90 sen sebotol, tapi dengan imej Superman, ia nampak lebih cool berbanding krim soda murahan yang lain.
Ada banyak lagi perisa keluaran "Cap Itik" ni, kola, sarsi, oren, pisang, dll. Keluaran lokal, made in Sibu kalau tak silap. Tapi rasa kola "Cap Itik" memang kvlt! But that was another story...
_____
Ada apa: Kepada mereka-mereka yang bakal membeli tiket atas nama IMFC beberapa jam lagi, aku ucapkan selamat maju jaya...
2 komen:
...ini krim soda, lu bancuh dgn sirap ros yg pekat manis (perasa ros double lion - disarankan) lepas tu secara ganas dan bergilir-gilir lu godak bersama susu cair dlm tin sehingga ronanya bertukar jadi extreme dark pink serta berbuih-buih...
taruk ice secukupnya dan hidang...
sirap bandung soda naga berapi penjaga gunung santubong!!!
eddie:
lg best klu semua bahan tu masuk dlm botol aluminium penggoncang cocktail... shaken not stirred~
Post a Comment