[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #25]
Semalam Khamis 11/11/2010 aku pi Imigresen Bintulu (tak jauh pun, belakang area opis aku saja), nak upgrade Passport Malaysia Terhad ke Negara Brunei Darussalam (passport Brunei) aku kepada Passport Malaysia Antarabangsa (passport antarabangsa).
Pegawai Imigresen tu kata aku tak perlu upgrade passport (no such thing as upgrading passport term), kira aku cuma apply passport antarabangsa baru saja (versi RM100, valid dua tahun) macam apply passport untuk *ehem-ehem* untuk balik raya hari tu.
Btw, passport Brunei masih boleh pakai. Jadi akan datang kalau aku tour de Brunei aku boleh guna sama ada passport Brunei atau passport antarabangsa (guna satu sahaja, tak payah menyusahkan guna dua-dua). Lagipun passport Brunei aku masih sah sehingga Ogos tahun depan.
Tiga passport yang aku ada, [1] Dokumen Perjalanan Terhad (biru muda) untuk tinggal dan keluar/masuk Sarawak, [2] Passport Malaysia Terhad ke Negara Brunei Darussalam (biru tua) untuk tour de Brunei dan [3] Passport Malaysia Antarabangsa (merah) yang boleh digunakan di mana-mana negara di dunia ni kecuali Israel.
Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!Misi 2 - Upgrade passport. Mission accomplished!Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!- Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd.
Esok atau hari Isnin nanti nak poslaju dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menuntut tiket-tiket konsert Iron Maiden di bawah nama aku (termasuk tiket KORawk dan Jairo) kepada Takilala, yang bakal bercuti semester (sekolah) balik Kajang. Bro, pi tuntut kat Compass Coaches la senang sebab kat Berjaya Times Square.
Bulan depan pula bakal sibuk dengan aktiviti hujung tahun Kelab Sukan dan Rekreasi dan cuti balik kampung. Kebetulan bulan ni tak berapa sibuk dan baru lepas gaji, jadi paham-paham sajalah kenapa aku nak selesaikan perkara (kalau boleh semuanya) yang berkaitan dengan Iron Maiden Singapore dalam bulan ni.
Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Bro Sub, what other document(s) do we need to enter Singapore?
3 komen:
interesting betul.
dan... congratulations makin settle.
aku tadi pagi gi ejen kat jb konon nak ambik tiket...sekali amoi tu cakap kertas nak print tiket tu abis stok...adoiii...kena tunggu isnin...
kertas tiket sampai abis penangan ramai beli tiket maiden ker apa ni???
baru ingat nak riak tampal kat blog...hihihi...
aku konsert maiden ni.. aku tak nak share kat blog.... nak layan sendiri jer heheheheh kalau nak tau p la sendiri hahahahaha
Post a Comment