[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #21]
Hampir semua geng-geng blogger Metal dah heboh pasal konsert Iron Maiden tahun depan, terutamanya konsert kat Singapore Indoor Stadium yang dijadualkan pada 15/2/2011 nanti. Abang Ben dah siap buat proposal dan tentatif perjalanan hahaha...
[Edited @ 3.00 pm] Korek-korek entri lama, baru aku perasan tahun lepas dalam entri berkaitan DVD Flight 666, ada sesuatu yang bakal menjadi kenyataan...
"... ada x promoter yg brani dan sanggup bawa iron maiden dtg malaysia? (or at least singapore)"
- Dari intro entri scream for me, kuala lumpur!
Macam cover majalah National Geographic kan?
Aku? Sebagai peminat Iron Maiden (walaupun tak setegar mana), ini merupakan peluang sekali seumur hidup. Ntah bila lagi dapat peluang macam ni, nak tunggu diorang buat konsert kat KL? Dengan persepsi masyarakat terhadap muzik Black Metal dan dengan keadaan industri muzik Malaysia macam sekarang ni, jangan haraplah!
Aku yang pada mulanya mati akal dan "dalam dilemma" macam Berteromber, disebabkan bulan Februari tahun depan ada *projek mega waktu cuti CNY. Tapi lepas semak tarikh projek dan tarikh konsert... Damn~ WTF? Count me in bros! I'm coming too... Hahaha!
Jadi sebagai persiapan awal, untuk 2010 ni ada dua misi utama...
Misi 1 - Bakal mencuba nasib beli tiket online 9/11/2010 nanti... Harapanku tak setinggi mana, sebab aku target tiket paling cikai terrace corner @ SGD98 sebab itu saja yang aku mampu. Jauh pun jauh lah, yang penting "the Maiden experience" tu priceless... How to get there belakang kira, yang penting dapatkan tiket menjadi priority. Tadi dah bermain SMS dengan KORawk, dia pun berminat nak pi.
Misi 2 - Upgrade passport! Aku memang ada passport, tapi passport aku terhad untuk perjalan ke Negara Brunei Darussalam sahaja (untuk tour de Brunei balik kampung) bukannya passport antarabangsa. Alaaa... Bukannya susah pun apply passport antarabangsa, macam aku ni yang dah ada passport lagi mudah, pejabat Imigresen pun tak jauh dari opis aku.
Gambar hiasan dari entri sebelum balik raya.
FYI, pada sapa-sapa yang nak buat passport antarabangsa, inilah waktu yang sesuai, kenapa? Passport antarabangsa yang valid lima tahun harganya RM300, uih mahal kan? Jangan takut, sebab ada versi ekonomi iaitu yang valid dua tahun, cuma berharga RM100! Ya RM100 sahaja! Dan ia akan siap dalam satu jam! (Hehehe pengalaman buatkan passport untuk *ehem-ehem* sebelum balik raya hari tu). Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.
Tapi semuanya perancangan, anything could happen, but we can still make plans and preparations right? Usaha tangga kejayaan, di mana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY! (kes baru lepas tengok cerita Adnan Sempit)... And Bro Sub, if you are reading this, are you going too? It's your turf :)
Are you excited? Up the Irons! \m/
*Ekspedisi Jelajah Borneo Kelab Sukan Dan Rekreasi
(kena bagitau awal-awal nanti pandai-pandai pulak korang buat andaian).
_____
Ada apa: Btw, Happy Deepavali... Esok aku kerja, sebab Sarawak tak cuti.
6 komen:
bro... go for the best seat because U WON'T BE DISAPPOINTED!
Belen RM200 tiket lowest-highest tu boleh cover balik antara sekarang dengan Feb 2011. Bukan banyak sangat tu.
...setuju dgn Bentara, entah bila lagi kita akan ada peluang ini, so, yg depan mata ni, pejam mata, buka telinga, hayun kepala...
duit boleh cari.
aku pun target tiket paling cikai ajer...yang penting...pengalaman "i was there" tu..
dah tua malas nak berhimpit2...heheh...
500 bonus ada maaaaa...Pan A la...apa lagi...Screammmmmmm for meeee TAKAPANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!! hehehehehe
ambik tiket paling murah, lepas tu try lompat terjun dari atas nye levels gi bawah..
abg ben & eddie:
akan diusahakan...
berteromber:
klu xdpt best seat, duk blkg dgn ko jela blh?
takilala:
gaban, cimca, cimmat xda cita2 mau join ka?
deaf:
klu ada peluang... aku cuba nnti
Post a Comment