Bukan selamat pagi Berteromber...
Entri pertama untuk bulan November. Setelah berpindah secara rasminya ke rumah sewa baru semalam, pagi ni aku memulakan perjalanan menuju pejabat agak jauh berbanding hari-hari sebelumnya. Sebelum ni jarak antara rumah dan pejabat hanyalah 2-3 km sahaja, tapi kali ni mencecah 10-12 km...
Pagi ni aku memilih untuk melalui jalan pantai yang agak lengang berbanding jalan utama (highway), dengan kelajuan santai 60 km/j @ 15 minit, sekurang-kurangnya aku dapat layan tiga hingga empat lagu dalam album Scream sebelum sampai pejabat.
Hari pertama bekerja di bulan November juga dimulakan dengan sessi audit SAMM oleh DSM.
Pejam celik pejam celik dah bulan November, tak lama lagi 2010 dah nak habis... Nampaknya atas sebab-sebab tertentu azam 2010 aku tidak kesampaian, tadak rezeki kot? Insyallah tahun depan cuba lagi.
_____
Ada apa: Hmmm... Ada banyak aktiviti menarik untuk bulan November ni.
7 komen:
all the best tempat baru
brave new world
untung la ko gi keje takder tempuh jem2 ni semua...
aku kalau nov...mesti feel nak layan lagu november rain...
10-12km je?...jauh ke? Banding dengan aku yg meredah perjalanan 35km pergi dan 35km balik... Tapi pakai Kuda Hitam tak le rasa benda sangat.....
jiran2 baru ada kaki gitar ke? he he...
azam aku untuk berenti merokok dah nampak berjaya
deaf:
tmpt baru best, cuma makin jauh dari opis
portdy:
dance of death :)
berteromber:
bintulu jln xjem, kecuali waktu budak2 pegi/blk skolah
skid:
dlm konteks entri ni aku bandingkan dgn jarak sblm2 ni, 1-2km vs 10-12km kira makin jauh la tu...
bro sub:
so far, blm ada lg dgr bunyi2 gitar in the neighbourhood... my guitars + rigs pun blm dikeluarkan since pindah
muspeed:
gambarre!
Post a Comment