Isnin 22/11/2010 - Hari ni masuk hari ketiga aku merajinkan diri beriadah dengan berjalan (bukan jogging) menuju puncak Bukit UFO (Hah? UFO?) yang jauhnya lebih kurang 1 km dari kaki bukit. Aku tak tau nama bukit ni, tapi memandangkan di puncaknya ada UFO, jadi aku menggelarnya Bukit UFO.
Sepatutnya petang ni nak main bola tampar lepas kerja seperti minggu-minggu lepas. Tapi disebabkan kekurangan pemain, maka ia ditunda esok. Sebab tu aku melarikan diri pi Bukit UFO ni.
Selain berjalan dan berjogging, ada juga pengunjung yang gemar berbasikal menaiki bukit ni. Hari biasa tak ramai, tapi kalau hujung minggu memang terasa meriah sebab ramai pengujung yang beriadah dari pelbagai kaum dan peringkat umur sama ada lone ranger, bersama orang tersayang atau sekeluarga sekaligus. Tapi dari pemerhatianku majoritinya adalah kaum Cina dan foreigners. Adakah "orang kita" malas beriadah?
Dan aku rasa kalau ada yang kaki drift (dan dibenarkan main drift), jalan ni memang sesuai untuk main drift sebab ia berselekoh seperti Bukit Akina dalam siri Initial-D, cuma jaraknya saja yang tak best. Tapi jangan haraplah dapat main drift di sini!
Inilah dia UFO yang aku maksudkan, bangunan Wisma BDA yang berbentuk kon (satu daripada ikon Bandar Bintulu) terletak betul-betul di puncak bukit. Beralamat No. 1 Jalan Tanjung Kidurong. Bangunan yang menempatkan pejabat utama BDA (Bintulu Development Authority - Lembaga Kemajuan Bintulu) dan beberapa pejabat Kerajaan Negeri dan Persekutuan antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Akauntan dan Lembaga Sumber Asli Dan Persekitaran Sarawak (NREB).
Wisma BDA ni mempunyai dua pintu masuk, satu dari Jalan Tanjung Kidurong (highway), satu lagi dari Jalan Tanjung Batu (pantai). Jalan dari Tanjung Batu merupakan tumpuan penduduk Bintulu yang tidak gemarkan *jungle trekking di Taman Tumbina (tidak jauh dari sini) untuk beriadah bersama keluarga seperti berjogging, berjalan atau berbasikal menaiki bukit di sebelah petang.
Percubaan untuk mengambil gambar matahari terbenam dalam perjalanan menuruni bukit menggunakan cameraphone Sony Ericsson K618i.
Kepada yang malas beriadah, aku rasa dengan berjalan (tak payah jogging) dua trip menaiki dan menuruni Bukit UFO ni sekurang-kurangnya dua kali seminggu sudah memadai untuk riadah mingguan anda, cukup 10000 langkah seperti yang disarankan dalam kempen berjalan untuk kesihatan.
Sebenarnya aku menyahut cabaran *ehem-ehem* untuk menurunkan berat badan aku yang hampir memasuki fasa obese sebelum projek mega tahun depan (bukan Iron Maiden Singapore).
Kalau dulu aku rajin main futsal lepas kerja di gelanggang futsal Jabatan, tapi sekarang dah kekurangan pemain (ada beberapa pemain utama dah berpindah), jadi futsal semakin dilupai dan digantikan dengan bola tampar, sekurang-kurangnya staff wanita pun dapat join sekali. Tapi penat futsal dengan penat bola tampar memang jauh berbeza...
*Nanti ada masa aku buat entri pasal jungle trekking di Taman Tumbina.
_____
Ada apa: Lepas ni nak buat graf berat badan... Tetapkan target.
5 komen:
walking is great for health
lawa tempat ni ngan selekoh2 dia
kelmarin berjalan di tasik dengan family. Target 10,000 langkah sehari seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Wah!! kalau bawak mountain bike aku layan bukit ni pun best jugak tu!!
deaf:
tmpt ni nothing special kecuali klu waktu ptg dkt2 sunset... turun bukit mmg nampak pantai, laut dan sunset mcm gmbr no. 4 (tp gmbr x menjadi)
abg ben:
klu berjalan kaki (bkn jogging) naik kawasan berbukit lg mencabar stamina pinggang :)
skid:
aku pun terpikir nak beli mountain bike jugak ni
Tempat tinggi camni layan sunset sambil kena teh o best ni
Post a Comment