Isnin 14/2/2011 - Sambungan dari entri Valentine's Day...
Touchdown at LCCT around 12.00 pm. Sempat pekena double prosperity burger McDonald's (susah nak habiskan) sebelum check-in untuk flight LCCT-SIN. Disebabkan Naditik kerja shift malam (ground staff Air-Asia), jadi tak dapatlah nak dating (shhh~)...
Touchdown at Terminal 1 Changi Airport around 4.30 pm, nampak macam KLIA je Changi airport ni, aku rasa mungkin arkiteknya adalah orang yang sama. Oh ya, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura.
Ada lagi 45-50 minit sebelum flight BKI-SIN geng-geng North Borneo Trooper (NBT) dari KKIA (T2) akan tiba, jadi aku membuang masa ronda-ronda dulu di Terminal 1 ni sebelum keluar melalui pintu imigresen menuju balai ketibaan. Sebab aku "travelling light" kastam pun lepas macam tu je tak banyak cerita.
NBT @ Terminal 1 Changi airport - photo credits to Jairo.
Kira-kira 5.30 petang, aku mula terserempak dengan muka-muka yang aku kenali keluar dari balai ketibaan...
Geng-geng sekampung - Takilala, Jairo, Ymi, Awg Raem, Ajil (adik Jairo), Dato, Awg Lubok @ Steven dan beberapa lagi ahli NBT yang lain - Luging, Joe (presiden NBT), Irwan Ironworx dan Usop. Semuanya bersemangat dengan t-shirt Iron Maiden, patches, button badges, panji-panji NBT (aku sorang saja yang pakai t-shirt Manggas).
Termasuk aku, semuanya ada 12 orang ahli NBT yang tiba di Changi Airport petang itu. Dengar-dengar ada lagi ahli NBT yang bakal datang kemudian...
Dari Terminal 1 naik skytrain menuju Terminal 3, mencari stesen MRT.
MRT tickets - terkial-kial nak beli tiket.
Lawak MRT.
CEPAS betul tangan aku tu - photo credits to Joe.
Berpandukan seorang navigator tukang pegang/baca peta, kami turun di stesen MRT Lavender. Kemudian memulakan sessi "March of the North Borneo Trooper" mencari Fernloft Hostel area Little India.
Melalui Jalan Syed Alwi, kalau tak silap
bangunan pelik di depan tu ialah Mustafa Centre.
Sepatutnya kami belok sebelah kanan Jalan Syed Alwi ni (Jalan Besar), tapi tersilap belok ke kiri, sebab tu "sesat" tak jumpa-jumpa tempat yang dituju. Semakin lama semakin jauh.
Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam lebih "sesat" dan atas inisiatif berpasukan, akhirnya dalam pukul 8.00 malam kami tiba di tempat yang dituju - Fernloft Hostel.
Lepas check-in, berebut pilih katil, lepak-lepak depan hostel, kemudian memulakan sessi mencari tempat makan. Setelah ke hulu ke hilir mencari (pilihan terakhir McD) akhirnya terjumpa Jas Restaurant area Syed Alwi Road, tak berapa jauh dari Mustafa Centre.
Untuk meneruskan tradisi review makanan AADI, aku akan buat entri berasingan untuk Jas Restaurant ni nanti. [Edited 26/2/2011 @ 10.30 pm] Sila klik untuk entri Jas Restaurant.
Lepas makan, aku, Ymi dan Awg Raem sempat ronda-ronda sekitar Mustafa Centre. Memang happening tempat ni, dengar-dengar antara kompleks yang buka 24 jam.
Dalam perjalanan balik ke hostel, lalu depan City Square Mall (Kitchener Road), dalam hati nak singgah tapi kaki dan badan dah penat, kena balik hostel juga nak mandi, rehat dan tidur. It's a long day tomorrow~
To be continued...
_____
Ada apa: Kalau bukan pasal Iron Maiden, entah bila dapat peluang menjejakkan kaki di Singapura ni.
5 komen:
aku go thru laju2...nanti aku baca pelan2 hehe
err..kim salam kat Naditik (shhh~)...
hahaha..
deaf:
xbyk cerita, byk gambar
berteromber:
shhh~
jalan dr Lavender MRT stn pi Syed Alwi rd- tak ke jauh tu...?
bro sub:
jauh mmg jauh, lg jauh klu turun stesen MRT bugis kan? kalau x sesat mmg dlm 1/2 jam blh sampai fernloft hostel tu
skali skala jln2 di s'pore (actually 1st timer), bknnya selalu hehehe...
Post a Comment