Utusan Borneo 23/4/2011, ruangan Sana-Sini bertajuk "Demam gitar elektrik bertali tujuh landa muzik underground Sarawak" oleh Charles Janum. Aku terbaca artikel ni secara tidak sengaja waktu tengah membungkus projek MPV dengan surat khabar terpakai (untuk dibawa ke Konvensyen KIK minggu lepas).
Dengan Dean Dime Razorback 7, Schecter Hellraiser dan Dean RC8 (tak lupa Rusty Cooley dan Tosin Abasi) sebagai penghias artikel satu muka surat penuh ni.
Sedikit hype:
"Contoh-contoh pemuzik 'underground' di Kuching yang sudah menaik taraf permainan gitar mereka adalah seperti Mus dan Zizie daripada kumpulan Kherow"
Btw, good artikel... Ni mesti geng-geng Sarawak Metal Force (SMF) yang tulis ni, geng-geng diorang si Bob Demoniac lah ni.
Akupun dalam hati berminat juga untuk memiliki seven-strings ni, antara model yang pernah masuk dalam wishlist aku ialah Ibanez RG7321 dan Schecter Demon 7FR (both were sub RM2k axes @ mampu-milik). Tapi bila dipikirkan, muzik yang aku main hanya perlukan six-strings pada standard tuning. Dan main six-strings pun masih terkial-kial dan merangkak-rangkak lagi...
_____
Ada apa: Tapi kalau ada seven-strings dalam koleksi pun, apa salahnya kan? :)
5 komen:
takde salah bro... sila beli dan review!
7 tali.... 1 buat spare kalau putus,,,, hahahaha!!
aku takat ni masih tak terpikir utk layan 7 string ni... lagi pun main lagu punk main 7 string nampak sangat posernya tu hahahah di kk ada band nama bazooka x gitarisnya si alon pakai 8 string
IMO- siapa main 7/ 8 tali bukanlah 'upgrade'
abg ben:
akan dipikirkan...
skid:
mcm strings rotosound eh?
jairo:
alang 12-string terus, lg senang main
bro sub:
ntahlah, perlukan ulasan drp 7/8-string player
Post a Comment