Secara rasminya hari ni aku dah mula bercuti panjang (cuti Projek Mega 2011) selama tiga minggu dan akan balik ke Membakut (trans-Borneo aka tour de Brunei) Isnin nanti. Dalam kesempatan yang ada aku pi kedai tayar untuk servis tayar (wheel rotation, balancing & alignment) Imago kesayanganku, yang kebiasaannya akan aku lakukan setahun sekali.
Mungkin disebabkan cuti sekolah dah bermula dan Gawai Dayak minggu depan, hampir semua kedai tayar yang aku survey di sekitar Bandar Bintulu mempunyai ramai pelanggan, termasuk Perodua Servis yang kekurangan kakitangan (sebab ramai mekanik dah bercuti Gawai). Masing-masing buat persediaan pemanduan nak balik beraya.
Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan servis tayar di Metro Tyre Service Centre (Parkcity) seperti tahun-tahun lepas. Proses servis (rotation, balancing & alignment) yang kebiasaannya akan siap dalam masa tak sampai sejam kali ni mengambil masa hampir dua jam! Aku siap tertidur di customer lounge menunggu giliran Imago aku untuk diservis.
Itu ini itu ini melayang juga RM6x dibuatnya, tapi takpa bab-bab keselamatan pemanduan ni tak payahlah nak berkira sangat.
_____
Ada apa: Apa khabarnya Cik Elle? Odometer dah cecah 10,000km ke?
1 comment
di sini cuti sekolah pun dah mula, kedai gitar semua ramai orang + pelanggan hujung minggu lagi... frust :-(
yg penting bro- semoga selamat dalam perjalanan pulang ke membakut :-)
Post a Comment