Petang tadi aku berkesempatan singgah di pejabat pos Membakut sebab nak bayar bil air rumah parents aku (bil air betul ni)...
Aku datang awal dalam pukul 1.40 petang, sementara menunggu pejabat pos buka pukul 2.00 petang, aku sempat meninjau area rumah kedai yang terbakar awal Januari dulu, yang tak berapa jauh dari pejabat pos (dari dalam kereta sajalah).
Pemandangan keluar dari pintu pagar pejabat pos.
Area ni betul-betul depan kedai On Tai,
tempat aku selalu beli komik suatu ketika dulu.
Cukuplah aku ronda satu pusingan dan snap tiga keping gambar sahaja, sebak rasa di hati bila mengenangkan apa yang terjadi. All the ruins, debris, charred stuff and memories...
Cuma yang hairannya, dah hampir lima bulan tragedi ni berlaku, tapi masih belum nampak usaha pembersihan area ni. Adakah masih lagi berkabung? Atau belum ada syarikat yang menang tender untuk membuat pembangunan baru di tapak kawasan ni? Oriaj, boleh buat sedikit ulasan?
_____
Ada apa: Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membeli komik?
0 comments
Post a Comment