[Nanasmania] A-ha! Entri pasal jus nanas kembali lagi! Jus kali ni agak berbeza daripada yang sebelumnya, kerana jus kali ni mempunyai serat (pulp) nanas di dalamnya. Juice Secret pineapple juice with pulp, yang dibuat oleh Yoke Food Industries Sdn. Bhd. Senai, Johor. Dengan harga runcit dalam RM1.30 hingga RM1.80, kira harga berpatutan jugalah.
Ingredients: water, pineapple juice concentrated, pineapple pulp, sugar, citric acid (E330), ascorbic acid (vitamin C), antioxidant, natural identical pineapple flavour, permitted colouring (E102/E110), food conditioner (E466/E415).
Rasanya? Rasa nanas... Tapi ia tidak dapat menandingi rasa jus nanas F&N Fruit Tree dan Lee Pineapple yang pekat dan "kimochi", lagipun serat nanas yang ada di dalam jus ni agak menjengkelkan (annoying) sebab agak keras dan tidak selesa dikunyah.
_____
Ada apa: Lepas ni nak cuma nanas dalam tin.
1 comment
tu hari aku minum pineapple juice dalam tin brand pokka
ok la
Post a Comment