Agak gembira dan sedikit terkejut setelah mendapat berita yang rakan blogger kita saudara Muspeed sudah bergelar bapa pagi Khamis (22/3/2012) yang lepas.
Suatu "wake-up call" bagi aku yang nampaknya masih bersahaja padahal due date Mrs. Ijau dijangka pada awal bulan Mei nanti (insya-Allah). Aku ada masa tak sampai dua bulan untuk meyakinkan diri bahawa aku bakal mengalami situasi yang sama...
Memang persediaan tu dah ada, semenjak awal bulan Mac ni aku dan Mrs. Ijau dah mula meronda-ronda pasaraya dan premis yang ada menjual barangan bayi di Bintulu ni (tak banyak mana pun). Oh ya, tak lupa dengan barangan dari The Spring Kuching hujung bulan lepas.
Sebenarnya aku agak "blur" bab ni, jadi aku biarkan Mrs. Ijau yang uruskan pembelian barangan bayi, aku cuma jadi peneman, tukang angkat barang dan penjana dana sahaja.
Masa untuk panik datang lagi...
_____
Ada apa: Daddy 101.
2 komen:
Hang akan panik tahap jingga waktu contraction dan di labour room. Hehe
tahap jingga...
kelip2 mcm lampu otromen :)
Post a Comment