Atas sebab-sebab tertentu, malam tadi aku memulakan eksperimen projek mengeluarkan pikap Tesla dari Mirage aku dan memasang semula pikap asalnya.
Ya, pikap asalnya iaitu ESP LH-150 (humbucker) dan LS-120 (singlecoil) yang dibeli semula dari NoobAxe - kira macam aku pajak la dulu hahaha (pawned).
Walaupun proses pematerian hanya memakan masa 5-10 minit (dah mula kompeten) tapi keseluruhan projek mengambil masa hampir dua jam disebabkan penyelenggaraan sistem spring Floyd Rose Special (FRS) yang agak "bahaya", terpaksa buat berhati-hati.
Kembali kepada konfigurasi asal.
Oh ya, credits to Jo NoobAxe for complimentary set of Ernie Ball Hybrid Slinky strings (lupa nak snap gambar). Hadiah "maternity mood" ke Bro? Hehehe... Thanks!
_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat lagu Salih Yaacob...
2 komen:
yellow is my color..haha..like
stanley bro... hahaha
Post a Comment