Rabu lepas seorang lagi rakan seMUUV menghantar gitarnya untuk dipasang dengan pikap Seymour Duncan JB Model
TB-4 yang aku iklankan di Facebook
MUUV (juga diiklankan di
GKC).
Pada mulanya TB-4 tersebut adalah stok peribadi, tapi disebabkan tiada gitar sendiri untuk
dipasang (dan kuota pun dah penuh), jadi ada baiknya aku jual sajalah. Dapat juga dijadikan modal pusingan "gali lobang tutup lobang" untuk Year End Sale.
Gitar yang dimaksudkan ialah Cort
VX-2V kepunyaan Donny, vokalis/gitaris kugiran black metal Bintulu - Curse Of God (COG). Pada mulanya ingin dipasang dengan Tesla
Plasma-7 (white), tetapi akhirnya memilih TB-4 selepas diracun oleh rakan-rakan.
Seperti biasa sebelum projek bermula, aku akan menggambar gitar ni dari beberapa sudut untuk diarkibkan dalam AADI.
|
Apa yang best dengan tali terjuntai macam ni? |
Dengan kemasan pearl white yang menawan dari badan, leher hingga ke headstok dan dipadankan dengan black bardware, gitar ni nampak elegen walaupun ia berbentuk ekstrim. Kalau aku, aku lebih suka warna pearl white ni berbanding metallic black (or plain black) yang membosankan.
|
EMG-HZ combo SA1 (neck) TB1 (bridge). |
Pikap asal gitar ni ialah EMG-HZ, pikap pasif dari EMG. Menurut Donny, dia kurang berpuas hati dengan bunyi pikap ni yang dikatakan "humming" ketika sessi rakaman COG terdahulu. Dan lebih berpuas hati dengan bunyi pikap-pikap Tesla pada
Mirage aku yang dipinjam untuk sessi rakaman di
REG Studio baru-baru ini.
|
Cort double locking III tremolo yang tidak dilaraskan seoptimumnya. |
|
EMG-HZ TB1 |
Seperti pikap EMG aktif, EMG-HZ ni (made in Korea) juga menggunakan 5-wire quick connect. Ruang kaviti pikap untuk gitar ni juga memang kemas, seni pertukangan Cort memang setanding dengan Ibanez dan LTD, credits to Indonesian luthiers.
|
Isi perut pendawaian dan pematerian yang agak kemas. |
|
Juga tidak terlepas daripada proses pencucian fretboard. |
Kali ni proses pemasangan mengambil masa tak sampai dua jam (below par) dengan sekali pengulangan kerana kesilapan pematerian, kes salah kod warna wayar pikap - kod wayar Seymour Duncan (black = hot) berbeza dengan EMG-HZ/Tesla (red = hot).
|
Mission accomplished! Duncanised VX-2V. |
Kali ni aku tak mengganggu pendawaian asal walaupun aku boleh meringkaskan pendawaian dan pematerian dengan teknik "earth bridging" menggunakan dawai yang dipelajari dari blog
Yustech. Aku cuma mengemaskan wayar-wayar yang ada dalam kaviti ni.
Bunyi? Ntah... Aku tak tau macam mana nak terangkan karekteristik bunyi TB-4 ni sebab aku hanya sempat mencubanya menggunakan amp kecil aku Laney
LX12 pada overdrive channel. Well, it's JB Model afterall... Walau apapun, "mojo" Seymour Duncan tu tetap ada, dan ia membuatkan tuan punya gitar semakin bersemangat untuk memainkannya.
_____
Ada apa: Dah lama aku tak main gitar berbentuk V, kepit di peha...
3 komen:
metallic black = bosan?
By the way,sungguh menarik sticker Eternal Zine di gitar itu heheh...
warna adalah.... beauty is at the eye of the beholder.
subjective.
aku bangkang metallic black itu bosan!
hahahahahhaha
JB- best! :-)
Post a Comment