
Bungkusan poslaju ni diterima Selasa minggu lepas (31/7/2012) beralamat dari Music Master Studio (SS2, from Gapnap).
Ia berisi pikap gitar berjenama Seymour Duncan versi pukal (bulk version). Apa beza versi pukal dengan versi runcit (retail version)? Beza utama adalah dari segi harga, versi pukal harganya 30-40% lebih murah berbanding versi runcit tanpa kotak dan manual (who needs box and manual anyway?).

Selain pikap, ia juga disertakan dengan Warwick Rockcable 3-way daisy chain yang diperolehi secara percuma. Percuma? Ya, maklumat lebih lanjut sila layari entri ni.

Pikap kali ni masih lagi Seymour Duncan JB Model tapi versi trembucker (TB-4) dan bukannya versi biasa (SH-4) seperti yang diperolehi beberapa bulan lepas. Selain skru dan spring, ia juga disertakan dengan sebiji kapasitor (unknown brand).

20111102 - 2nd November 2011? Baru lagi ni...
Versi TB-4 ni sesuai untuk gitar yang mempunyai tremolo (floating atau vintage type) sebab jarak antara kutub hujung ke hujung ialah 52-52.5 mm, berbanding 50 mm untuk versi SH-4 (yang telah dijual melalui GKC, sebab aku tak guna). Pastinya 80% kebarangkalian ia akan dipasang pada Mirage aku, 20% lagi mungkin disimpan sebagai stok atau dijual semula. Bila nak pasang? Entahlah...
_____
Ada apa: Duncanised?
2 komen:
"SeymourDuncan! lupakan yang lain.."
**Tesla.. hehe
+1
dah lama aku teringin nak pakai JB...
tesla? ada 2-3 set dlm simpanan (masih x dilupakan)
Post a Comment