Refah Cafe (tak berapa jauh dari La Bistro Cafe), boleh dikatakan premis yang menjual roti canai antara yang tersedap di Bintulu. Tapi kalau diikutkan rasa rotinya biasa-biasa sahaja, tapi kuahnya (kari ayam + sambal bilis) yang sedap membuatkan roti canai Refah Cafe ni berbeza daripada roti canai di tempat lain.
Oh ya, bukan nak cerita pasal roti canai Refah Cafe ni, tapi aku cuti hari ni kerana ingin menghantar Imago aku ke Sri Ting Auto - authorised Perodua Service Centre, untuk menukar set penyerap hentakan (shock absorber, tapi orang kampung aku sebut oksoba) depan Imago aku yang dah "keras" sejak beberapa bulan lepas.
Ada apa: Bulan depan dapat bonus, boleh ganti ;)
4 komen:
hehhe.. patut cuti...hehhe
wow! Best nya ada bonus...tahniah
untung kerja gomen..ada bonus..
kura2 dlm perahu
Post a Comment