Sambungan
entri lepas... Projek pemuliharaan (restorations?) gitar Vantage HSS superstrat.
Memang
tonggeng-terbalik terkial-kial mencari punca masalah tiada bunyi (output) gitar ni - sama ada pikap, pots, cap, wiring ataupun output jack.
|
ESP LH-150 humbucker pickup (G&L), pikap asal Mirage aku. |
Setelah gagal menjejaki punca utama (I'm just an amateur and not a certified guitar tech, mind you), aku mengambil keputusan untuk cuba "overhaul" elektronik gitar ni dan memasang litar ringkas dengan komponen lain.
|
Simplified wiring - Yustech influence detected :) |
Litar yang ringkas dengan komponen-komponen terpakai (used), satu pikap humbucker (dari
Mirage aku), volume-tone potentiometer dan output jack (dari ex-
Abominations aku). Pikap-pikap singlecoil (neck/mid) asal pada gitar ni tidak digunakan (kes tak dapat nak buka sebab skru dah loose) dan hanya sebagai "dummy".
|
Output jacks - old (bottom) and new (sideways gangnam Gibson SG style). |
Disebabkan aku tidak mempunyai output jack jenis shaft seperti output jack asal, tapi cuma ada jenis biasa (mono), jadi aku memasangnya pada lubang asal tombol tone kedua, tak perlu aku nak ubah suai lubang asal atau tebuk lubang yang baru.
|
No selector switch. |
Hanya pikap humbucker sahaja yang digunakan (solitary humbucker - Alexi Laiho style), jadi suis asal tidak berguna dan dikeluarkan. Mungkin aku akan pasang semula sebagai "dummy" selepas ini.
Dengan litar ringkas sebegini, sememangnya 100% berfungsi. Aku teringat pesan Chop mengenai projek pemuliharaan gitar ni - asalkan berfungsi dengan kos yang rendah. Lagipun tuan punya adalah seorang bassist, katanya gitar ni hanya akan digunakan untuk latihan di rumah.
|
Mods on 3rd/G string's saddle. |
Blok saddle tali ketiga yang hilang aku gantikan dengan blok dari saddle
Mirage aku yang rosak tempoh hari. Disebabkan ia bukanlah FRS, maka ada sedikit perbezaan ketinggian blok tersebut. Tak apa, asalkan boleh pakai.
|
Martin/Darco string. |
Selepas selesai kerja-kerja elektronik, gitar ni dipasangkan dengan set tali baru dari jenama Martin/Darco 9-42 (one of my fav), tak lupa juga proses perbersihan dan penggilapan.
Walaupun aku tak dapat memulihara gitar ni kembali 100% berfungsi seperti asal, tapi sekurang-kurangnya 70-80% menjadi. Dan yang paling penting ia dapat digunakan semula seperti yang diharapkan oleh tuan punya. Cuma action agak tinggi kes bolt pada bridge dah loose (tak dapat nak laras ketinggian bridge) dan penggunaan tremolo gitar ni tidak digalakkan atas sebab-sebab FRL tidak kukuh.
_____
Ada apa: This stuff's addictive!
4 komen:
ijau = king of restoration
honest and noble work deserve a pad on the back.
Mun gtar ku nang tukar bia dah tok..huhu..xmok alang..xsabar mahu try test
kejap la jadi pron star... eh pawn star.
Post a Comment