Setelah berpuas hati dengan litar ringkas yang aku pasang pada
gitar tersebut, dan selepas diberikan kata-kata semangat oleh
Chop, aku tergerak hati nak pastikan betul-betul sama ada pikap-pikap asal pada gitar ni masih berfungsi atau tidak, sebab kebarangkalian pikap pasif untuk rosak amatlah rendah.
|
5-way switch reinstalled (Yustech influences as usual). |
Setelah memasang semula pikap-pikap dan suis lima arah asal, ternyata semuanya masih berfungsi kecuali suis sahaja yang ada menunjukkan tanda-tanda dimamah usia, terdapat beberapa bunyi kurang menyenangkan bila menukar posisi suis.
Cuma aku mengekalkan input jack pada bekas lubang tone kedua, kerana output jack jenis shaft yang asal memang dah kaput.
|
Default HSS pickups, volume and tone knobs, 5-way switch, side input jack. |
Begitu juga dengan action, aku cuba sedaya-upaya untuk merendahkan action walaupun bolt berdekatan tali pertama dah loose, sekarang action gitar ni dah agak rendah (3-5 mm) walaupun tidak serendah action
Mirage aku (~2 mm).
Sekurang-kurangnya tuan punya gitar dapat menjimatkan beberapa puluh ringgit dengan menggunakan pikap-pikap asal berbanding menggunakan pikap terpakai ESP LH-150 aku. Rasanya projek pemuliharaan (restoration) gitar ni telah selesai 100% dan sudah boleh dituntut esok.
Entri Mini: Happy Deepavali
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Deepavali tidak tersenarai sebagai cuti umum untuk negeri Sarawak... Kerja seperti biasa.
Selamat menyambut hari Deepavali (dan Diwali) kepada pembaca AADI, jangan lupa
malam petang esok kita layan
Enthiran ramai-ramai.
_____
Ada apa: Chop, dapat komisyen tak?
6 komen:
Haha..bukan aku ka yg ptt tanya..nanti ku racun2 org lain lagi k haha..
Aik?layan robot Chitti jugak ka?ingatkan hanya layan old skool movies dari Rajnikahn saja.anyway Enthiran mmg best,CGI tip top walaupun merapu (biasalah filem Tamil) tapi tetap enjoy ditonton bersama keluarga. Next time aku buat review psl ini movie. Tak ada lagi cerita psl anti-yahudi,i promise hahaha....
chop:
come come lai lai!
adi:
apa kaitan enthiran dgn yahudi?
kaitan?mmg xda kaitan pun...
ooo takde cuti ye kat sana...
memang tak de cite nak layan cuti deepavali....
Post a Comment