Here goes...
Awal 90an komik-komik manhua terjemahan bahasa Melayu keluaran New Media Publications mewarnai pasaran bahan bacaan
Raja Rimba ni ada sedikit kelainan yang menarik berbanding komik tajuk lain kerana berlatar-belakangkan zaman sekarang (90an pada ketika itu) dan dikaitkan dengan isu sejagat (Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, komunisme China, kejatuhan Soviet, Hong Kong 1997), berbanding komik tajuk lain yang kebiasaannya berlatar-belakangkan zaman Dinasti China purba ataupun alam fantasi.
Isu #7, naskah pertama yang aku beli sekitar awal 1994. |
Isu #155, isu terakhir musim pertama, kalau tak silap dikeluarkan sekitar tahun 2000 (final year USM). Episod penamat yang hebat, boleh dibuatkan sebuah filem yang epik kerana hero-hero secara teknikalnya tidak dapat mengalahkan watak jahat (Fushi Kamitake), hahaha!
Mulai isu #156 merupakan musim kedua dengan lukisan yang lebih kemas dan cantik. Dalam musim kedua ni rasanya lebih fokus kepada watak Waja Timur berbanding Sang Rimau Kumbang. Dalam musim kedua ni juga watak-wataknya mula menunjukkan tanda-tanda berevolusi menjadi "super human".
Episod terakhir untuk musim kedua ialah isu #255, agak kurang menarik dan tidak memuaskan hati kerana watak jahatnya yang sebelum ini terlalu hebat, kalah begitu sahaja oleh hero selepas mendapat kuasa mistik dari dalam gua.
Dan isu #256 merupakan permulaan musim ketiga yang membosankan, latar belakang cerita dibawa beberapa belas tahun ke masa hadapan, dan banyak benda-benda mengarut mula dikesan contohnya watak-watak dah jadi "super human" tahap komik Pendekar Laut (kehabisan idea?).
Isu #436 merupakan isu terakhir aku beli sekitar penghujung 2005. Secara serius dari isu #256 sehingga #436 aku langsung tak paham apa jalan cerita, tak ada satu babak pun yang aku ingat jika dibandingkan dengan musim pertama (#1-155) yang sampai sekarang aku boleh ceritakan semula jalan ceritanya.
Dan mulai tahun 2006, aku nekad berhenti membeli apa-apa komik manhua, mungkin disebabkan sudah tidak sesuai dengan gelora jiwaku pada ketika itu yang dah mula rajin membeli majalah-majalah berkaitan ICT (contohnya PC Gamer).
_____
Ada apa: Terfikir nak jual semula, tapi bukan sebagai kertas kitar semula.
10 komen:
Dulu rajin jugak kumpul komik jejak wira (dragon tiger gate)versi melayu.pastu ada lagi satu komik tony wong aku lupa tajuk dia tapi nama hero dia memang lawak.."hang nawa" komik epik dengan jln cerita yang best.
tak pernah beli komik begini...tapi kecik2 dulu peminat tegar komik Bambino dan Bujal...sayang betul tak simpan benda ni semua...
komik taraf legend dah ni... kalau jual mau rege berlipat ganda ni...
rafi:
jejak wira lama (cerita kat thailand) atau versi reboot? klu yg lama aku ada kumpul jugak...
berteromber:
aku rasa komik mcm ni bkn zmn ko sbb (waktu tu) amat jarang org yg berumur 10 tahun lbh tua drp aku baca komik mcm ni
faizal:
harga senaskah RM3, RM3 x 436 = RM1308, klu aku dpt "pawnstar"kan RM1000 pun aku dah bersyukur
pernah layan komik Wira Tunggal, Pedang Setiawan (kamon la!) dgn Raja Rimba, tp sekejap saja, mgkn disebabkan komik Crayon Sin Chan dgn Dragonball lebih berbentuk santai,kelakar dan x serius sgt mcm komik2 manhua ni kot....aku suka light and easy reading sebenarnya...tapi kalo X-Men Uncanny, Cable dgn Wolverine aku suka baca yg limited edition, jalan cerita pun ringkas walaupun topiknya agak berat...Marvel ma...best wooo
Jejak wira yg kat thailand tu..kat mudah ada iual mahal gile
epic. Balik sekolah singgah Jeti beli. Sanggup tak makan nasi kat sekolah sebab nak beli. hampeh betul zaman tu!
adi:
komik marvel mahal maaaa~
rafi:
yg tu aku ada kumpul smpi habis (ending 1998/1999 kot), tp ada missing bbrp isu
muspeed:
hahaha sama aku, duit blanja mingguan kumpul2 utk beli komik
btw, selain komtar dan glugoq... kat jeti antara port utk mencari back issue in case terlepas beli mggu sblmnya dan sold-out kat usm @ sg dua
Hi bro...masih menyimpan komik2 ni...mohon letgo kt sy...
Aku simpan bawah katil koleksi komik aku. Sekali mak aku return balik kat kedai majalah semua komik aku lol.
Post a Comment