Barang kecil-kecilan yang dipesan dari
Dead Eye Guitars (DEG) - suis tiga arah DiMarzio
EP1105 dan dua bungkus tali gitar masing-masing berjenama D'Addario EXL120
Super Light (9-42) dan Ernie Ball
Hybrid Slinky (9-46) untuk penggenap bayaran.
Hampir dua tahun aku tak menggunakan tali gitar jenama D'Addario ni, kalau dulu-dulu setiap kali beli gitar baru dari DEG pasti akan dapat "free gift" tali D'Addario. Yang ni akan disimpan sebagai stok.
Ernie Ball pula stok simpanan khas untuk
Goldie, semenjak mula menggunakannya
Oktober lepas, aku rasa 9-46 amat sesuai untuk
Goldie aku berbanding 9-42 atas sebab-sebab yang susah aku nak terangkan. Patutlah ramai yang suka tali gitar jenama Ernie Ball ni.
|
Made in Mexico though... |
Suis tiga arah ni pula pada mulanya ingin digunakan untuk projek menukar konfigurasi pikap
Mirage aku daripada HSS (lima arah) menjadi HS (tiga arah). Tapi projek ni terbengkalai, dan suis ni akan terperap menjadi stok dalam simpanan bersama-sama lambakan pikap yang ada.
_____
Ada apa: Dah dasar
hoarder pengumpul...
2 komen:
asal jangan jadi hoarder mcm dalam channel Astro Bio tu....
hahaha... ko blm tgk lg "bilik hobi" aku
Post a Comment