Isnin - Check-in di Hotel Singgahsana sekitar 3.30 petang dengan baju dan beg basah kuyup, hujan sepanjang petang tak ada mood nak jalan-jalan.
Selasa - Ronda-ronda Amcorp Mall bersama-sama dua orang rakan tadi. Pastinya aku singgah Victoria Music Cente, tapi kali ni cuma beli satu CD kompilasi artis tempatan sahaja (entri lain).
Oh ya, premis Book Xcess di tingkat atas ni memang banyak buku-buku menarik dijual dengan harga yang murah (termasuk buku ni). Kalaulah premis ni ada di Bintulu, memang tiap-tiap bulan aku beli buku berkaitan Perang Dunia Kedua, ketenteraan, senjata dan sejarah, up to 80% off retail price!
Rabu - Menonton filem Hansel And Gretel: Witch Hunters di TGV, KLCC tayangan pukul 7.40 malam bersama-sama dua orang rakan tadi.
Aku rasa kalau Berteromber atau Portdy tengok filem ni pasti tak berkelip mata menenung Gemma Arterton. Filem ni (selain babak di tepi kolam) seperti tidak ditapis - aksi ganas, ngeri dan "F word" semua lepas. Ulasan? Naaah~ AADI dah lama pencen buat ulasan filem.
Khamis - Ronda-ronda di Digital Mall Seksyen 14 pula, mencari beberapa peralatan ICT kecil-kecilan.
Kali terakhir aku ke sini sekitar 2006, waktu Digital Mall ni baru siap "face-lift". Digital Mall ni merupakan alternatif untuk Plaza Lowyat (kes malas nak ke Bukit Bintang). Btw, ada siapa-siapa tahu sejak bila TGI Friday's di Seksyen 14 ni tutup?
Jumaat - Baru ada peluang (dan mood) nak pergi Music Master Studio. Balik kursus terus pergi ke stesen PUTRA Taman Jaya tak balik hotel dulu. Kemudian menapak dari stesen PUTRA Taman Bahagia hampir 10-15 minit untuk sampai ke premis ni. Aku akan buat entri berasingan untuk
Sabtu - Pukul 10.00 pagi sempat ke Amcorp Mall lagi, jalan-jalan tengok flea market (pasar kutu?). Tak ada yang menarik, kalau ada pun harganya pula tak menarik.
Penerbangan balik Bintulu pukul 5.00 petang, seawal 2.00 petang aku dah ada di LCCT. Nasib baik kali ni tak bawa balik gitar (hehe), kalau tak lagilah penat. Sampai rumah sekitar 7.30 malam, mandi siap-siap baru dapat main dengan Lil'Ijau (rindu woo~).
Ahad - Pasang hub baru (gigabit) menggantikan hub lama (10-base, damn so 90s) dan menyelenggara server/router jabatan. Rasanya wayar-wayar CAT5 yang berserabut dalam rak server ni tak pernah diselenggara oleh pegawai ICT sebelum ni.
Sepatutnya aku pasang minggu lepas tapi aku berkursus, hari ni terpaksa aku bertungkus-lumus menyiapkannya. Esok memang susah nak buat, sebab staff nak guna
Minggu depan aku hanya bekerja sehingga Rabu, sebab Khamis aku sekeluarga akan balik Sabah bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Bolehlah rehat secukupnya di kampung...
_____
Ada apa: Penat berjalan, tapi dada (paru-paru) rasa lapang...
7 komen:
noted with thanks.
heheheh...
Book Xcess....kena terjah ni.. sebab buku sejarah memang aku minat...thanks
Gi klcc tak singgah kinokuniya?
mcm menarik ajer filem Hansel n Gretel tu...x sabar nak sedut hahaha
nice diary..
true walking is good.
kerja pegawai ict pon ko buat mmg calon apc jabatan kimia la ni
berteromber:
silakan...
faizal:
mmg bikin geram tgk buku WWII tebal harga bwh RM30 je
rafi:
klu aku pi sorg2 mmg aku akan singgah kinokuniya tu
adi:
majulah sedut utk negara
deaf:
aku silap xbawa kasut/sandal khas, klu x mmg enjoy jln kaki
apai x86:
dah pnh dpt dah APC tahun 2010 lps, biasanya klu dah pnh dpt xkan dpt lg utk tahun2 berikutnya
Post a Comment