Penganjur suruh aku datang sekitar 9.00 malam untuk tolong-tolong bab teknikal dan audio, tapi waktu aku sampai semua dah siap cuma tinggal soundcheck saja lagi.
Aku agak teruja melihat perkakasan ada di atas, di belakang dan di bawah pentas. Selain perkakasan asas 36 Studio, juga disokong oleh perkakasan "live concert" dari Vaie Entertainment dan Zoso Music.
Selain geng Metuk Ulau Project, ada juga beberapa kumpulan lain yang hadir pada malam tersebut untuk sessi soundcheck. Tapi kami dimaklumkan oleh pihak penganjur hanya dapat soundcheck selepas pukul 11.00 disebabkan tidak mahu mengganggu mereka yang masih main futsal di bawah (gelanggang futsal disewa sehingga 11.00 malam).
Tapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengah malam masih ada masalah teknikal yang dialami, antaranya amp bass Hartke HyDrive 5210C, nasib baik ada backup amp bass Peavey. Ramai ahli-ahli kumpulan yang datang untuk sessi soundcheck tadi mula beredar pulang seorang demi seorang...
Bob Kandar dan Rezal BIMM. |
_____
Ada apa: Daripada info kurang rasmi, pukul 3.00 pagi baru selesai masalah...
6 komen:
Payah jugak ya..kalo event guna tempat yang berskala besar ni
NO FIGTHING?
byk salah ejaan kat flyer tu... DEODERANT pun salah eja
paling fail ialah perkataan Fighting jadi Figthing hahaha....
forever alone~
"Do not sing louder then the band"
erkkk...kena nyanyi dalam hati eh?...memang forever alone...heheh...
Post a Comment