Kotak yang beralamat dari Crinson Music ini diterima pada 1/4/2013 lepas. Pastinya berisi sebuah bass ESP (sebenarnya LTD je) untuk menggantikan Silverado aku yang dah di"let-go" seminggu sebelumnya. Ikut pengalaman tahun lepas, mesti ada sebuah bass dalam axology aku. You won't know when you'll need it badly.
Ironinya, empat buah bass aku sebelum ini semuanya Ibanez (GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20) dan kali ni aku
ESP LTD F-54 SS (silver satin) - Ini merupakan model
Bass berbentuk Forest sebegini dipopularkan oleh Tom Araya, Henkka Blacksmith, James MacDonough, Dorris Yeh, Orion, Apollyon dan Jairo(?).
F-54 ni merupakan buatan China sekitar April 2008 (berdasarkan nombor siri), model F-1xx dan ke atas mungkin buatan Indonesia.
34" scale. |
Standard LTD 12th fret model mark. |
Silver satin (SS) finish. |
- Ringan, lebih ringan daripada Mirage aku.
- Non-glossy silver satin finish.
- Mempunyai preamp ESP ATB-1 active tone boost.
- Hanya mempunyai satu pikap sahaja (juga menjadi kelemahan).
- Full 24-fret.
- Matching headstock.
ESP SB-4 solitary passive pickup, ESP DB-4 Bridge |
- Ada sedikit cela pada kemasan (finish) cat.
- Hanya mempunyai satu pikap sahaja, memang "worst-case scenario" kalau pikap ni rosak waktu tengah jamming atau gig.
- ATB-1 yang tak berapa boost, tak boleh lawan preamp Phat-II Ibanez.
- Ruang bateri yang susah diakses, perlu dibuka dengan pemutar skru.
Kaviti untuk elektronik. |
Ruang bateri yang ringkas. |
ESP ATB-1 Active Tone Boost. |
Tanpa preamp ni, aku rasa bunyinya lebih teruk daripada bass yang tidak mempunyai preamp disebabkan isipadu kayu yang kurang (sebab tu ringan). Kalau ada rezeki lebih, teringin juga nak gantikannya dengan preamp AT2 (made in *Yustechland), tak perlu tukar pikap, hanya perlu tukar preamp.
Oh ya, juga disertakan dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) iaitu kabel Fender Californian 10 kaki (~3 meter) dengan warna kegemaran surf green, dan hadiah percuma sebungkus tali gitar berjenama D'Addario (of course in 9-42, my favourite gauge).
Sebelum ini aku memiliki kabel yang sama tapi versi 15 kaki (~5 meter), selepas menggunakannya beberapa kali semasa jamming dan gig, aku rasa ia agak terlalu panjang untuk perantaraan gitar dan pedal. Sebab itu aku memesan versi 10 kaki yang lebih sesuai. Versi 15 kaki agak sesuai digunakan untuk perantaraan pedal dan amp, atau jika hanya menggunakan amp (direct) tanpa sebarang pedal efek.
Failed pose. |
Selepas ini ada sedikit rombakan pada line-up Metuk Ulau Project, Korawk akan kembali menjadi gitaris manakala aku pula menggalas tugas bassist. Sebab itu perlu ada bass dalam axology aku seperti yang aku nyatakan pada awal entri. Masa untuk Silver Wings beraksi...
_____
Ada apa: *Bro Yus, if you're reading this entry, I'll contact you later about the AT2.
9 komen:
aik apasal beralih ke posisi bass? Bukan itu tugas korawk ka?
lawa boss... silver is metal! hehe
I have in mind to own at least 1 bass in my axe collection... Nice designated bass u have thr ;-)
Bentuk badan bass menarik..
adi:
nak bagi can korawk beraksi dgn g1m berpetrucci set
mba:
argentum!
garyjazz:
ya ya, mmg perlu ada bass sekurang2nya 1 dlm koleksi
back to basic/root sbg bassist yg terlampau
tak minat maple fret bass?
marus:
killer curves
tj:
utk F-series setakat ni blm ada lg yg maple fret, klu ada mesti mahal...
klu model lain mmg minat maple fret p-bass (harris maaa~)
Mcm pernah nampak bentuk spt itu...
sila rujuk perenggan ke-5
Post a Comment