Ia berisi *dua unit locking nut (43 mm) untuk gitar yang mempunyai sistem Floyd Rose. Ia bukanlah berjenama Floyd Rose Original (FRO) mahupun Special (FRS), tapi hanyalah generic locking nut (tiada jenama aka "cap ayam") compatible untuk menggantikan locking nut pada Mirage aku yang bermasalah (loose) beberapa minggu lepas seperti dalam entri ni.
Setelah buntu mencari alat ganti secara online di Malaysia (ada, tapi mahal), aku mencarinya di eBay dan terjumpa beberapa seller dari China dan Hong Kong yang ada menjual alat ganti kegitaran pada harga borong (wholesale), sama macam kes kabel daisy chain dalam entri ni.
Dua unit locking nut ni harganya tak sampai pun RM30 termasuk pos, berbanding harga yang dijual di Malaysia sekitar RM40-60 untuk seunit locking nut FRS belum masuk kos pos (kalau FRO harga macam ni aku tak kisah).
Bila dibuka locking nut asal, ada secebis kayu halus yang digunakan sebagai shimming. Mungkin aku akan guna (atau tidak) shimming ni bergantung kepada ketinggian locking nut baru. Bro Yus (Yustech) sila komen kalau cara aku buka locking nut ni salah.
Atas FRS, bawah cap ayam. |
Walaupun ia bukanlah perfect fit (dalam 95-98% fit dengan shimming asal) tapi sekurang-kurangnya Mirage aku dapat digunakan semula. Dan setakat sessi pandu-uji malam tadi, talaan (tuning) pada gitar ni masih sama selepas penggunaan tremolo/whammy yang agak kasar, dalam bahasa teknikal gitar "stays in tune". Maknanya locking nut ni memang betul-betul "mengunci" tali gitar dengan ketat.
*Ya dua unit, seunit sebagai stok simpanan (backup). Tengah browse alat ganti kegitaran lain daripada seller yang sama...
Entri Mini: Selamat Hari Guru
AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru seluruh dunia terutamanya kepada guru/mentor/jurulatih/pensyarah yang pernah mengajar dan membimbing aku semasa aku berada di Tadika Kampung Pimping, SK Pangiran Jaya Kampung Pimping, SUIS Kampung Pimping, SMK Membakut, Universiti Sains Malaysia dan dalam kehidupan harian dan kerjaya secara amnya.
_____
Ada apa: Makin lama makin sayang dengan Mirage ni.
6 komen:
Seriously aku masih bengap pasal Paypal dan eBay...aiyaaa
Cara buka dan pasang agak straight forward.Cara shimming lebih kearah DIY.Saya sendiri mengguna bahan seperti Sandpaper atau Daddario packaging sebagai alas.
Soalan.
Radius Nut sama dengan asal?
Aku pun bengap juak.pernah aku nak cuba beli seruling kat ebay tapi sik tauk cam ney cara..gajet tok aku bok tauk juak.lamak tok dengan gitar yg biasa sik ada juak ambik peduli benda tok..kalau di letak pada gitar lain dpt juak ka.mcm akustik ka..
adi:
ko xbaca betul2 terms & conditions
yustech:
nut asal ada tulis "R43-350" di blkg, 43mm lebar nut, so maybe radius nut 350mmR la kot? nut baru xde mention pasal radius, cuma lebar nut 43mm saja
marus:
locking nut ni eksklusif utk gitar2 elektrik yg guna double-locking floating bridge saja (atau yg guna low-tuning mcm 8-string) utk "mengunci" tali supaya tuning xlari bila tarik tremolo
Padu padu hal..ilmu baru yg aku sik ambik tauk sebelum tok..bagus juak peranan benda tok. Ada sik entri blog sebelum tok cerita pasal gitar ya .mun ada boleh pautkan link lok. Hahaha
utk cerita2 berkaitan alat ganti gitar blh klik kategori/label guitar parts
Post a Comment