Makin serasi dengan X-11. |
Kali ni hanya bermain secara 3-piece, Korawk balik kampung manakala Bob Kandar tidak dapat hadir atas masalah peribadi dan diganti oleh Rashid Malim (tidak sempat digambar).
Seperti dipersetujui, selepas Love & Peace Gig, aku akan menggalas tugas sebagai penggentel bass (menggunakan Silver Wings) supaya dapat memberi laluan kepada Korawk untuk mengganas dengan GRG270 yang dah disumbat Petrucci Set.
Cukup dengan dua buah pedal bass iaitu VXL dan ODB-3. |
Selain Rashid Malim, kami juga mendapat bantuan dan bimbingan seorang otai iaitu saudara Ahmad, drummer kumpulan reggae TheDaunPisang (yang juga seorang peminat Iron Maiden) untuk mendapatkan drumroll yang sesuai dengan lagu Project Madness.
Daripada sessi ni, beberapa idea baru ditambah dan ada yang terpaksa dibuang (mungkin boleh dijadikan lagu lain) terutamanya disebabkan perbezaan tempo yang ketara. Mungkin hujung minggu nanti akan masuk studio lagi untuk memperhalusi lagi idea-idea yang ada (masih menanti pembentangan tugasan bahagian Korawk).
_____
Ada apa: Kenapa tiba-tiba sewa studio jadi mahal?
7 komen:
sting, rush, asia..
aku suka tengok kat youtube pasal cam ko la, sama orang - bass and vocals.
ooo you should check out Yazid Lovehunters kalo tak familiar ngan dorang. He's good bass and singing. and he got good accent kalo bawak lagu omputeh.
kesian betul showcase tribute to chi cheng deftones x ada sambutan...sungguh sedih™...aku pula x dpt datang disebabkan komitmen dgn keluarga pada ketika itu
deaf:
aku klu bassist+vocals idola aku marco hietala (tarot/nightwish)
adi:
dgr2 performer yg xdtg, apa sudah jadi?
ntah la, salah siapa aku pun x tau
Sewa mahal?..barangkali kos naik
tiba2 kena cas lebih mahal drp 36 studio, sepatutnya bgtau awal2 sblm kami guna studio
Post a Comment