Bersemayam dalam hardcase Gator. |
Reversed headstock, with DIY sticker bindings. |
Duncan Designed humbucker pickups unknown model (maybe HB102 combo), Jackson double locking bridge (licensed Floyd Rose) dengan mekanisma seakan-akan Ibanez Edge-III.
Tiga tombol (dari kiri) BOOSTER, TONE, VOLUME - suis kecil di sebelah kiri sekali adalah untuk mengaktifkan GEQ-1 Firestorm booster (hence the acronym FS for Firestorm). Ini yang membuatkan gitar ni unik berbanding Dinky yang ada sekarang. Firestorm boost switch for extra gain. 0-25 dB boost! (clean = more volume, crunch = more gain).
Bolt-on neck plate with serial number 9694542. |
Beginilah isi perut DK2FS ni, bateri 9V adalah untuk Firestorm booster dan bukannya untuk pikap, gitar ni memiliki pikap pasif.
Pot yang berada di tengah-tengah merupakan pot asal yang dah keras dimamah usia, di sebelah kanan pula merupakan pot baru 500k yang dibekalkan oleh Bro Adam. Disebabkan pot yang dibekalkan mempunyai syaf yang pendek, ia tidak sesuai digunakan. Nasib baik aku ada stok beberapa biji pot 500k dengan syaf yang panjang (kiri) sebagai ganti.
Terlalu banyak wayar bumi (earth) pelbagai saiz untuk dipateri semula sekaligus, kemahiran memateri aku tidaklah sehebat Bro Yus (Yustech), jadi aku menggunakan *entah apa nama benda plastik tu* untuk menggabungkan wayar-wayar bumi tersebut.
Dan untuk tidak menyusahkan diri, aku tidak meringkaskan litar seperti mana yang dipelajari dari blog Yustech. Biarlah ia dengan litar asal yang berserabut, jika ia tidak rosak, jangan baiki...
Kalau diikutkan proses kerja mengambil hanya masa sekitar 25-30 minit sahaja, tapi aku melakukannya dalam tempoh hampir sejam. Ini semua gara-gara layan filem The Lost World: Jurassic Park di TV2 sambil membuat kerja-kerja pematerian.
Sememangnya aku menyukai gitar-gitar jenis superstrat seperti Dinky dan yang seangkatan dengannya (LTD M-series, Ibanez RG). Dan hampir kesemua ciri-ciri yang aku idamkan pada sesebuah gitar superstrat ada pada gitar ni - reversed headstock, 24-fret, figured inlays, HH combo pickups, double locking bridge, booster. Cuma pemilihan pikap sahaja agak kurang memuaskan, adalah lebih afdal jika gitar ni dilengkapi dengan kombo pikap Seymour Duncan JB/Jazz seperti Dinky buatan Jepun yang ada sekarang (namely DK2M).
_____
Ada apa: Bunyi? Aku tak pandai buat ulasan pasal bunyi, sekian harap maklum.
6 komen:
kaler body dia lawa la..suka pulak aku..heheh
post mortem gitar yg impressive!
kalau kaler hitam ni memang berGAS lah.
Kalau aku memang tikus membaiki labu
janji hidup sudah..haha
...dan kalau tak rosak, jangan baiki :) hahaha
Post a Comment