Selamat tiba di Bintulu sekitar pukul 8.00 malam tadi, masih jet-lag dan penat tak cukup rehat sejak semalam sentiasa on-the-move mengejar masa dari lokasi ke lokasi. Masih belum ada mood nak buat entri mengenai konsert
Metallica Stadium Merdeka.
Sekiranya ingin tahu cerita konsert dari sudut pandangan tiket
murahan PPRT, bolehlah lawati entri blog
Metal Brain Asylum dan
JDU393 ni. Manakala untuk gambar-gambar eksklusif boleh lawati entri blog
Dead Eye Guitars.
Hanya sempat berjumpa dengan Ezaidi (tauke blog
Metal Brain Asylum) dan layan karaoke bersama-sama. Cuma agak terkilan sebab tak sempat jumpa
Portdy, walaupun aku pasti dia berada sekitar 5-7 meter daripada tempat duduk aku dan Ezaidi
|
Pic copied from somewhere on the net. |
Pic of the day - Kepada rakan-rakan yang tak dapat pergi tengok konsert malam tadi (kecuali yang nak tengok kat Singapore), gambar provokasi di atas khas untuk anda supaya anda
tak rasa menyesal sebab tak pergi.
_____
Ada apa: Bak kata Kirk Hammett "
Selamat... Thank you!"
7 komen:
aku poser....so tak rasa sedih sangat (nampak beno menipu)
hahaha.kirk hammet confuse Salamat (bahasa filipina, ye la dia kan half filipino ) dan Selamat (bahasa malaysia) . kekekeke. tengkuk aku sakit weyhh, camana nak headbang depan hetfield kat singapore nanti? heh heh
aku baca ada org cakap mungkin dia nak cakap "selamat malam"...tapi banyak makan semut...part malam tu dia lupa...tu yg sambung TQ....agaknya la...bukannya aku pergi pun...heheh...
tengok konsert tak minum ribena = poser
aku tak dapat jumpa Ijau dan Ezaidi, keadaan pack giler macam kapal titanic nak tenggelam.
Dahlah line telefon , wifi, 3g, umpama di block? betulke atau aku dan kawan aku je yang rasa?
adi:
sila jelaskan apa itu "poser" dlm konteks ayat anda
mba:
headbang biar skali frekuensi dgn pinggang, taklah nanti sakit tengkuk... aku cuma penat kaki, sbb byk menapak
berteromber:
lars je yg tak cakap melayu mlm tu, tp dlm ucapannya mmg tak dpt nak buang selitan F-word (lars style)
ribena? habis aku round gerai2 yg jual minuman, satu pun tak ada jual ribena...
portdy:
"hello bro, cari aku kat bawah ni yg pakai baju metalika hitam..."
mmg line mlm tu teruk, aku rasa sbb ada ribuan manusia yg online, telco line jd bengong
Dengan rasa rendah diri,selepas membaca artikel anda saya akui saya poser..poser 6 pun baru nak mula
wooooohoo
nak baca pengalaman ko, best woo siap naik kapalterbang gi konsert
Post a Comment