Dan selama setahun ni talinya belum pernah ditukar lagi (belum kira durasi dalam stor/kedai lagi). Aku tak pasti tali jenama apa yang digunakan, tapi ia memang tahan sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang tanda karat (pastinya dengan penjagaan optimum). Cuma bila tali dah lama akan mula hilang kekenyalannya, tanda-tanda mandatori untuk ditukar.
Dipasangkan dengan tali DR Strings Extra Life Evergreen (discontinued) yang dihadiahkan oleh Bro Sub beberapa tahun lepas (yang sudah sekian lama dalam simpanan) untuk dipadankan dengan tema warna hijau.
Saduran pada Extra Life ni lebih "tahan pukul" berbanding saduran pada DR Neon yang lebih "rapuh" dan mudah tertanggal setiap kali bergesel dengan pick. Tapi setahan macam manapun sadurannya, saduran tetap saduran, akan terkikis jua dengan penggunaan pick yang ganas.
Sebelum memulakan proses memasang tali baru, sempat menjenguk isi perutnya, bukannya selalu ada peluang nak buka pickguard. Ruang kaviti yang kemas, bersih dan nampak premium, seperti yang dijangkakan untuk "hype" gitar buatan Amerika. Nampaknya routing gitar ni boleh menampung konfigurasi HSH.
DiMarzios. |
Pendawaian yang agak ringkas (quite messy for an MIA guitar), selain pikap hanya ada suis tiga arah jenis toggle dan pot VOLUME 500k sahaja. Ada masa nanti aku akan gantikan pot ni dengan jenis push-pull (coil-split) untuk variasi bunyi.
DP158 - Evolution Neck. |
DP155 - Tone Zone F-Spaced. |
Semenjak Oktoberfest 2012, ia telah dijadikan sebagai "stage guitar" disebabkan faktor-faktor keselesaan, mudah laras (cuma satu tombol), sistem FR yang tegap (stays in tune) dan yang penting mojo warna HIJAU (IDK sig Mark III?) sedikit-sebanyak menambahkan keyakinan semasa berada di atas pentas gig.
_____
Ada apa: Batch baru So-Cal ada sedikit perbezaan...
1 comment
nak melayan wayar halus2 tu..hadoihh..kalau aku mau tak menjadi tu..heheh
Post a Comment