Aku dan Azrol sampai sekitar 1.15 petang, dan agak terkejut kerana ramai yang telah menunggu di sekitar kaki lima kedai runcit (bawah studio) kebanyakkannya berseragam hitam, suasana seakan-akan mini gig.
1. Erectus
Aktiviti jamming bermula sekitar 1.30 petang, slot pertama dimulakan oleh Erectus, disebabkan hanya mereka (pada pendapat aku) yang dah cukup korum ketika itu walaupun mereka dijadualkan untuk slot keempat.Penganjur (Tuan Besar Korawk) juga lambat datang kerana bergegas ke lapangan terbang Bintulu menghantar Apai Rijal (Gamer Sayur) yang terpaksa balik Malaya kerana urusan keluarga (takziah). Oleh kerana itu, persembahan Erectus tidak sempat dirakamkan dalam bentuk video.
2. Busseg
3. Metuk Ulau Projekt (aka MUP Klasik)
The classic line-up...4. Metuk Ulau Project
Secara peribadi, bila dah sampai masa untuk slot MUP aku dah tak ada mood nak jamming. Selain faktor persekitaran (jamming dan gig adalah dua situasi yang berbeza) dan karenah bandmates, menunggu lama juga sedikit sebanyak menjadi punca kehilangan mood.Heavy metal lyric sheet... |
5. Adapting To Genocide
Semasa persembahan Adapting To Genocide (sekitar 4.30 petang), aku tiada di studio kerana berada di makmal/pejabat untuk menyelesaikan tugas rasmi hujung minggu. Tugas fotografi diserahkan kepada Azrol.Disebabkan ruang yang terhad, moshing tidak dibenarkan...
6. My Eyes See Ghost
Alex and Co.Aku tidak mengikuti aktiviti jamming ni sehingga selesai, kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 6.00 petang, masa untuk kembali ke dunia kekeluargaan (limit aku biasanya sampai pukul 5.00 petang).
Pemerhatian, pendapat dan kesimpulan.
- Objektif utama (seperti yang dinyatakan dalam entri ni) tidak tercapai, hanya 2-3 jam pertama sahaja agak meriah, selebihnya...
- Sessi jamming yang dianggap sebagai gig oleh sesetengah pengunjung, studio jadi crowded.
- Masih ada yang minum minuman keras di kawasan studio walaupun telah ditegah oleh tauke studio.
- Masih ramai yang gagal dari segi soundcheck (mengambil masa yang lama), walaupun ada di antara mereka dah selalu buat persembahan live. Contoh mudah; full gain pada pedal + full gain pada amp = humming tak ingat dunia.
- Ada juga yang gagal dari segi persediaan; persediaan fizikal - peralatan; lupa pick, kabel tambahan, bateri, adapter pedal mahupun persediaan mental - tak bersedia dengan setlist, tak berlatih di rumah, lupa lirik (termasuklah aku, kerana dah hilang mood).
- Tiada penguatkuasaan masa oleh penganjur mahupun pihak studio. Dengan kata lain, ada band yang main lama (termasuk soundcheck yang lama) dan ada band yang terpaksa main ala kadar kerana mengejar masa.
- Masih ada potong memotong slot, walaupun telah ada tentatif (kurang rasmi) - sekali lagi, tiada penguatkuasaan penganjur.
- Tiada ulasan mengenai muzik (mungkin akan diulas oleh blogger lain), sebab apa yang aku dengar sepanjang sessi hanyalah bunyi ketukan drum dan distorsi gitar yang bingit (nasib baik aku ada bawa ear-plugs).
_____
Ada apa: Apalah ertinya jamming jika semua nak full blast?
6 komen:
haha aku no komen, pasal dari segi soundcheck aku pun agak kurang bersedia, tak setting zoom aku tu siap2 dari rumah, gitar aku pun lari tuning (tapi tu bukan masalah besar), byk lagi la kekurangan...next time aku rasa kena buat tersusun la...disebabkan aku bukan penganjur so aku x berapa tahu tentatif sebenar...tapi apa2pun still boleh enjoy la sebab dpt kumpul dgn geng2 semua...aku still prefer jamming dgn band sendiri sbb ada privacy, boleh discuss dgn bandmates tentang buat lagu2 sendiri, lebih tersusun dari segi sound (boleh rileks cari sound utk multifx dulu) tapi iti cuma pendapat aku la kan hehehe....
pasal budak2 bawak minuman keras tu, aku pun kurang setuju jugak la...kalo nak minum kena cari port lain la...contohnya di kedai makan kat tingkat bawah...
Next time kalo nak buat jamming mcm ni lagi kena buat undang2..togok beer yg tak best tu..kalo aku pun hilang mood juga dengan suasana mcm tu..
Btw,takziah pada member yg berdukacita tu..
Ni jamming free ker...kalau aku free punya pasal ok jer...hahaha...
adi:
bkn setakat kau sorang, band otai pun masih terkial2 mencari setting pedal/amp
rafi:
mmg undang2 am 36 studio xblh bawa masuk makanan/minuman atau merokok
berteromber:
band bayar sewa studio mcm jamming biasa, yg penonton tu masuk free
Suka baca posting ni dan tengok foto2 dia
Post a Comment