Dan mula memilikinya sebagai penggenap bayaran semasa perolehan Pocket Metal Muff dari Music Master Studio awal tahun 2012 - terdiri daripada dua keping Folk Debut dan sekeping Rock Lick.
Walaupun saiznya lebih kurang sama seperti saiz pick normal, tapi bentuknya agak pelik dan memang janggal dipegang walaupun sebenarnya agak selesa kerana genggaman/kepitan yang ketat disebabkan corak dan tulisan yang ada pada permukaannya.
Set kedua diperolehi semasa lawatan
Kedua-dua versi Profound 1 plastik dan tin mengandungi lima keping pick yang mempunyai ketebalan yang sama tetapi dibuat daripada material yang berbeza (info lebih lanjut di sini).
Walaupun kebelakangan ni aku dah kurang janggal menggunakan pick bersaiz kecil (saiz Jim Dunlop Jazz), tapi mungkin ia hanya akan terperap dalam simpanan untuk beberapa bulan (tahun?) memandangkan aku masih mempunyai banyak pick "normal" yang lain.
_____
Ada apa: Fiffy Natasya?
3 komen:
Fiffy Natasya tu sapa?
Awe In One tu best part gerigi tu bila main accoustic.
Awe = aku ingatkan mamat kelantan mana tadi
Post a Comment