Ada juga yang sudah tutup akaun, contohnya blog G4M3R S4YUR (Apai Rijal) dan Noise Of Borneo (zine kelolaan si Korawk).
Kadang-kadang sedih juga bila mengenangkan, kerana ada di antara blog-blog tersebut suatu ketika dahulu pernah menjadi blog yang kencang dan tegar. Pada pendapat aku, blog yang tidak dikemaskini lebih daripada setahun pasti pemiliknya sudah tidak berminat lagi dalam dunia blog.
Mungkin disebabkan kekangan masa dan kehidupan berkeluarga (aku faham) membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif berblog. Apa-apapun terima kasih kepada pemilik blog-blog tersebut, kerana ada di antaranya yang pernah menjadi ilham kepada AADI.
AADI? Selagi aku ada masa menghadap komputer atau apa-apa peranti yang memiliki pautan internet, aku akan cuba buat entri walaupun seperenggan atau secikai-cikai Wordless Wednesday, insya-Allah.Kepada bloggers otai tegar yang masih bertahan; Berteromber, Deaf, Dr. Ben, Portdy, Speedrider, Bro Sub - dan bloggers kencang kenalan baru; Adi dan Marus (as a blogger), Faizal, Rafi, Ezaidi, PC Kokak, TJ, Jengkemut, D'Arsil dan lain-lain yang aku tak sempat nak taip - teruskan usaha anda, kita blogging sampai tua, hahaha!
_____
Ada apa: Rasanya waktu konsert-konsert rock/metal besar sahaja dapat buat mini-gathering bloggers.
12 komen:
ko ngan aku sama la...selagi kerja aku ni dok mengadap pc...ada line tenet..tak pulak bz...memang akan blog sampai tua...heheh...
baca entry ni..tiba-tiba lirik Metallica-Whiplash menerpa benak kepala aku. We never stop, we never quit ! hehehe
berblog sampai tua kita... haha
cuba untuk aktif...slow slow...
True story : kadang2 sambil update pekena ribena mobile..tu yg idea ada je..heheh
aku ngadap pc juga, tapi keje bz mengalahkan programmer.
(by the way, saya update pakai HP 3310 jek macam betromber, hehehe)
berteromber & d'arsil:
jika platform blog masih lg relevan
mba:
we're gonna make it (twisted sister)
faizal:
pelan2, tak semestinya tiap2 hari kena ada entri... buat seminggu sekali pun masih boleh kira aktif
rafi:
kenapa bukan sparkling ribena?
portdy:
3310 la sangat...
sebab skrg dah ada tablet, android, fb, tweet, etc...
jadi..
blog dah jadi sesuatu yg kuno dan sesuai untok rocker tua shj...hahaha!
semangat kena kuat!
Kena ada perasan enjoy la..
cam aku busy cammana pun, aku boleh sanggup nak berbual sendiri luahkan perasan aku, so aku type je la kat blog haha.
Pencen hujung tahun jika follower tak sampai 500.Baik buat rujukan sendiri sahaja.. :)
gamer sayur tpaksa brsara nak main game pon xde masa ni kan nak blogging hahahahaha
Post a Comment