Mirage aku mengalami modifikasi untuk kesekian kali... Entah dah lupa berapa kali dah Mirage ni jadi platform eksperimen/modifikasi pikap berbanding gitar lain.
Entwistle XS 62N dengan bobbin putih dipilih untuk digandingkan bersama Tesla Plasma-7 yang juga berwarna putih. Plasma-7 ni dah terperap lebih dua tahun dalam simpanan, warna putihnya pun sekarang dah agak pudar kekuningan, dah berbeza sikit tona berbanding putih pada XS 62N.
Aku pernah iklankan Plasma-7 ni di Lowyat.NET dan juga GKC, namun tiada siapa yang berminat. Juga pernah dirisik oleh Donny COG untuk gitar Cort VX-2Vnya tapi akhirnya memilih Seymour Duncan JB Model.
Antara pikap humbucker pasif beroutput tinggi dalam katalog Tesla selain VR-Extreme dan Plasma-2. Bila output tinggi tu biasanya sesuai untuk main hard rock dan metal. Dah lama teringin menggunakannya semenjak diperkenalkan oleh Bro Sub (his favourite Tesla bridge model).
Ukuran dimensi XS 62N ni cukup-cukup muat dalam kaviti (routing) singlecoil pada Mirage. Untuk singlecoil jenama/model lain agak besar terpaksa dilakukan sedikit kikisan seperti yang pernah terjadi pada pikap Tesla Plasma-1 dan VR-1 sebelum ini. Antara sebab aku tak jadi pasang DiMarzio Blue Velvet yang ada dalam stok peribadi.
Pendawaian untuk Mirage ni agak senang kerana hanya perlu memateri pada terminal suis lima arah sahaja tanpa perlu mengganggu pematerian pada pot volume dan tone. Seperti VR-Extreme sebelum ini, Plasma-7 dijadikan sebagai full humbucker, tidak perlu coil split pada posisi-4 suis seperti konfigurasi yang biasa terdapat pada Ibanez RG/S.
Nampak janggal? |
Disebabkan kedua-dua singlecoil XS 62N ni juga boleh dikatakan jenis output tinggi, perbezaan output dan volume tidak berapa ketara semasa transisi daripada humbucker kepada singlecoil. Dalam masa yang sama, masih mengekalkan bunyi unik "strat-ish" singlecoil.
Demo? Tak payahlah, ini semua entri temberang belaka...
_____
Ada apa: Tapi kalau aku rajin mungkin aku akan upload sesuatu dalam SoundCloud.
3 komen:
this is useful knowledge and skill for your future. you never know..
Tesla jugak?viral ke ni..heheh
kebetulan...
Post a Comment