Pikap jenama Entwistle ni tidak mempunyai bungkusan runcit (retail packaging) kerana ia dijual secara pukal (bulk).
Pada mulanya terGAS untuk mendapatkan model ASN 57 seperti dalam entri beberapa minggu lepas, tapi atas sebab-sebab ekonomi dan output akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih model XS 62N.
Sepasang pikap untuk posisi neck dan middle yang pastinya akan dipasang menggantikan pasangan LS-120 pada Mirage aku. Kenapa bobbin putih? Itu
Pikap ni menggunakan magnet bar neodymium, magnet yang mempunyai medan yang kuat (per jisim) berbanding magnet jenis seramik ataupun alnico. Secara teorinya juga akan menghasilkan output yang tinggi tapi masih mengekalkan bunyi singlecoil.
Dengan menggunakan kutub nikel keras (hard nickel poles) yang boleh dilaras ketinggiannya, pikap ni nampak begitu "ganas" tapi kemas untuk sebuah pikap yang murah (1/5 daripada harga runcit DiMarzio Blue Velvet).
Pengalaman menggunakan model X1 pada ex-Tobi, membuatkan aku tidak menyangkal akan prestasi dan kualiti pikap berjenama Entwistle ni walaupun ia dikategorikan sebagai pikap yang murah. Mungkin jika ada peluang (dan gitar untuk dieksperimentasikan) aku akan cuba mendapatkan model lain pula (Darkstar, X3 atau Nemesis).
_____
Ada apa: Selamat berbulan Jun, dah setengah tahun 2014 berlalu.
2 komen:
Thanks for the review :)
welcomed...
Post a Comment