Sebelum ini, aku pernah tinggalkan Foo Fighters pasca album There Is Nothing Left To Loose kerana susah nak hadam lagu-lagu mereka. Tapi dengan adanya estock dengan harga yang tersenyum (album ni diperolehi dengan harga €3.01 @ RM13.56), aku akan cuba mengumpul dan mendengar kembali lagu-lagu mereka secara berperingkat bermula dengan album One By One.
(P) & (C) 2005 Roswell Records Inc. Distributed by Sony BMG Music Entertainment, made in the EU. Album ni didatangkan dalam dua CD, CD pertama adalah album rock, manakala CD kedua merupakan album akustik (lagu berbeza). Seperti yang dikatakan oleh Dave Grohl;
"It's not one specific genre of music, it's not one specific style. I'm just a musician. I can play all these different instruments, I can write a bossa nova, I can write a thrash tune".
"It's still the same four guys playing it so it just is a Foo Fighters song, whether it sounds like Carcass or fucking Ry Cooder".
Suatu ketika dahulu aku pernah ada CD album ni (versi 1CD Jack Sparrow) tapi rasanya sekali dua saja aku pernah pasang, sama macam kes One By One. Lepas tu entah hilang entah ke mana... Sehingga entri ini ditulis, aku masih lagi menghadapi masalah menghadam lagu-lagu dalam album ni.
*Juga memiliki lagu bonus (UK bonus track) The Sign.
_____
Ada apa: Teringat lagu Best Of You pernah dimainkan oleh band Eda Brig semasa Bintulu Music Fest 2013.
5 komen:
tak pasti aku ajer ker apa...tapi lately...aku rasa pos dari estock_deutschland lambatlah....dulu seminggu aku dah dapat...sekarang ada yang sampai lebih sebulan...
aku biasa dapat barang estock dalam range 3-5 minggu
Aku Cari album side project Dave grhol probot tu susah betul nak jumpa
teringin juga mau memiliki 1 album foo fighters ni
aku suka lagu2 seken disc ni..
Post a Comment