Terkial-kial juga mekanik mencari punca bunyi "misteri" tu, yang mungkin hanya boleh didengar oleh (1) tuan punya Imago (2) mekanik berpengalaman
Pemeriksaan untuk kali kedua mengesahkan penyerap hentakan (shock absorber, oksoba?) belakang kiri bermasalah. Benda ni baru saja aku tukar (sepasang) selepas balik bercuti raya tahun 2013. Semenjak itu rasanya Imago aku tidak mengalami sebarang situasi hentakan kuat yang cukup untuk membuatkan benda ni rosak. Atau mungkin dah nasib...
Tapi tak mengapa (parap parap), dana-dana yang dikumpul untuk sesuatu terpaksa dikorbankan untuk menggantikannya. Nak harapkan "sindrom Tony Stark" lagi dua minggu lah jawabnya. Aku agak cerewet bab-bab keselamatan dan keselesaan Imago ni, tak nak tunggu lama-lama.
_____
Ada apa: Sesuatu...
6 komen:
aku kalau kena benda2 macam ni time sesak...memang gosok kad la jawapnya...
Bab keselamatan mmg kena cerewet sama mcm aku..lagi pun kita yg guna hari2 kan.
pena juga aku alami bunyi ganjil.. bila aku cek penutup skru tayar tu da pecah.. haha..
Safety first.. aku suka baca prihatin ko terhadap isu ini
berteromber:
setakat absorber belakang sebatang, masih mampu cash... kalau kena depan, lain cerita
d'arsil:
skru tayar pecah memang tahap off-road la tu
rafi, deaf:
memang cerewet dan prihatin, dah 8 tahun guna, kalau ada bunyi pelik/misteri baik terus check
boleh dah kumpul dana untuk 'kasi tukar ini kalilah'. err...shoe carcass nanti pegi tak?
Post a Comment