Kali ini nampak seakan agak "rasmi" dan lebih teratur kerana diadakan di area Terminal Bas 1Malaysia Parkcity (tak berapa jauh daripada 36 Studio) lebih-lebih lagi bila nampak logo Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada banner. Juga mengetengahkan ketiga-tiga kumpulan tadi (Buskers, BPL, Zumba) sebahagian daripada acara aktiviti.
Aku dapat tahu mengenai acara ini melalui Facebook Bintulu Buskers, dan kebetulan Mrs. dan Lil'Ijau ajak jalan-jalan petang Sabtu. Jadi lokasi BCBS menjadi destinasi sekeluarga.
Tauke Adi Mustar dengan barang jualannya - action figures One Piece, material distro MUUV, CD, majalah dan komik terpakai, helmet, penny board, kosmetik, produk kecantikan(?)
Juga gathering bulanan BPL, tak sempat nak snap gambar binatang, terlalu ramai orang berkerumun, dan akupun sibuk melayan karenah Lil'Ijau yang terlalu teruja tengok kucing, arnab, kura-kura, dll.
Dan persembahan Bintulu Buskers yang diketuai oleh saudara "Murad" (alter-ego Barangkali Marus). Agak happening kerana bunyi-bunyian mereka diamplifikasikan oleh PA system lokasi.
Ya, bass tersebut telahpun menjadi aset Bintulu Buskers. |
Untuk info lanjut dan gambar-gambar menarik acara ini boleh singgah Facebook Bintulu Car Boot Sale, Bintulu Buskers dan Bintulu Pet Lover.
_____
Ada apa: Car boot bee lump...
4 komen:
Aktif betul geng2 Bintulu ni...tabik!
Adi pun ada buat jalan jugak..terbaikkk
Tambah gambar2 lebih sikit lain kali...
tunjuklah gambar terminal bas yang ko sebut tu...
Haha barangan kecantikan tu kakak ipar aku yg punya...kitorang punya komuniti ni agak aktif kebelakangan ni, i mean group Bintulu Car Boot Sale ni. Nak cari duit lebih beb....hehe
Post a Comment