Inverno Mahkota |
Aku bukanlah peminat tegar XPDC (seriously, sehingga kini aku cuma ada album medley ni), tapi disebabkan lagu-lagu XPDC selalu berkumandang semasa aku menuntut di USM dulu (ramai rakan-rakan USM aku suka XPDC, pengaruh Majalah Ujang kot?).
Apabila mendengarnya kembali, secara tidak langsung pasti akan mengembalikan nostalgia era tersebut. Lebih-lebih lagu balada seperti Hentian Ini, Titian Perjalanan, Aku Masih Di Sini, Nafisa dan Teman.
Album ini merupakan album Melayu pertama yang aku dengar sebagai peneman pemanduan jarak jauh ketika mula-mula memiliki kereta dahulu (2006) selain album-album artis barat dan Jepun (anime). Ketika itu, aku hanya memiliki versi CD-R yang disalin (CD-copy) daripada CD original rakan sekerja peminat XPDC.
Walaupun dinyanyikan sepenuhnya oleh Ali, tapi beliau dapat menyanyikan lagu-lagu yang pada asalnya untuk julat vokal Mael dengan begitu baik (mungkin ada perubahan key @ transpose kot). Muzik? Memang berat, memang metal, memang chuggah-chuggah! Seperti yang dikatakan (apa nak dikata?) oleh rakan-rakan peminat XPDC - metal di Malaysia menjadi mainstream disebabkan XPDC.
Pada rakan-rakan peminat tegar XPDC, jika anda ada album ni, aku tunggu ulasan anda...
_____
Ada apa: Credits to Bapak Nemut-Nemut.
5 komen:
aku perna ada kasetnya ni... ntah hilang kemana.
Aku tak pernah ada cd ni... but before this yang akautik 2, and otai whatever tu aku ada... nanti aku bongkar
Dapat jugak ek...Portdy memang terer la...macam doraemon dah....ko nak cd apa jer mesti dia boleh ada kan...heheh...tabik!
Hahah..tahniah kerana berjaya memilikinya
beteromber;
Kebetulan , aku tengah layan animasi Doraemon yangbaru, Stand By Me, Doraemon!
Post a Comment