Sebelum ini aku tak layan Trivium (dan seangkatan) walaupun aku pernah sedut mp3 album Shogun ni sekitar tahun 2008-2009 dulu, tapi rasanya tak pernah dengar pun (sedih).
Kebelakangan ni aku mula berjinak-jinak dengan Trivium semenjak diprovok oleh Azrol untuk cuba cover beberapa lagu Trivum. Azrol menyarankan album The Crusade, tapi aku mulakan dengan Shogun disebabkan versi Limited Edition ni tersenarai dalam katalog estock_deutschland.
Mungkin disebabkan muzik Trivium ni ada unsur-unsur classic heavy metal dan thrash metal, lebih-lebih lagi vokal Matt Heafy yang ada vibe James Hetfield membuatkan aku senang menghadam muzik mereka. Cuma bab vokal teriak (screaming) agak menjengkelkan pada pendengaranku. Selebihnya, memang album ni layak dikategorikan sebagai super album.
Versi Limited Edition ni memiliki tiga lagu tambahan berbanding versi biasa, satu daripadanya ialah cover Iron Maiden yang pernah dimuatkan dalam album kompilasi Maiden Heaven.
Ia juga didatangkan dengan bonus DVD yang mengandungi dokumentari The Making Of Shogun (aku suka dokumentari "behind the scene" sebegini) dan Shogun: The Riffs, iaitu video cara-cara memainkan riff Shogun menggunakan gitar dan bass (boleh cari di Youtube).
Aku bukanlah peminat Trivium (lama-lama mungkin minat), daripada pengamatanku bergaul dengan ahli MUUV yang muda, biasanya mereka (generasi Y) senang nak terima muzik/vokal sebegini berbanding genarasi X macam aku. Jadi selebihnya biarlah peminat tegar Trivium yang komen. Apa-apapun aku suka lagu Throes of Perdition.
Boleh juga baca ulasan D'Arsil dalam entri blognya di sini.
_____
Ada apa: Epiphone, Jackson dan BC Rich, hebat!
4 komen:
tak tahu sangat la ni trivium ni..
Penah dengar sekali lalu je kat youtube.memula aku ingat trivium ni mcm slipknot jugak stail muziknya
menarik cdnya, aku mmg plan nak beli semua album trivium ni, cuma tak jumpa harga yang sesuai.. apapun album VENGEANCE FALLS mmg lazat..
aku sama macm deaf...
Post a Comment