Rasanya belum ada geng bloggers yang buat entri pasal album live Rockestra ni (betulkan kalau aku salah), kecuali Portdy yang dah buat "teaser".
Versi CD audio aku dah dengar 2-3 kali putar peneman pemanduan jarak jauh trans-Borneo, versi DVD pula baru 10-20% tengok. Tiap kali pasang guna DVD player (PC aku tak dapat baca DVD ni) pasti anak aku akan mencelah suruh tukar DVD Frozen atau Big Hero 6.
Pendapat Peribadi? Ulasan Ringkas? Superb! Cuma aku nak komen pasal dua benda;
- Walaupun bunyi-bunyian dan vokal jelas, cuma agak menjengkelkan bila bunyi riff gitar Joe kadang-kadang "tenggelam" oleh bunyi-bunyian orkestra.
- Hampir semua lagu-lagu Wings dalam album telah digubah semula (rearranged) kepada versi yang agak janggal didengar. Dari kecil kita dengar lagu-lagu Wings "macam ni" tiba-tiba jadi "macam tu", nak sing-along-kalau-oke pun kadang-kadang terputus mood.
_____
Ada apa: Mungkin ada ulasan tambahan bila dah habis tengok versi DVD.
5 komen:
Ni final night nye show tak silap aku. I was there. Aku dah nampak kat kedai tapi belum beli.
Aku bootleg dan aku puas hati ngan aku nye own taping.
Aku kadang2 nervous live album, terang2 the cd portion berapa lagu takde pasal no wah they can squeezed everything jnto 2 cd.
Dan aku kadang2 tak suka editing live album, berbanding bootleg peminat. Contoh palig keta rock in rio brave new world.sangat sakit hati, apa dalam kepala hotak kevin shirley dan steve harris aku tak tahu. A brave new world audience dorang gi loop bruce nye section. Reason being audience not loud 2nough, then salah dorang tak letak banyak microfon untuk audience section. So aku nervous nak dengar orkestra ni haha.
I am not into the visual too much for this show.
Dah 2 kali aku jenguk speedy kt sini takda lagi..cadang nak beli jugak
aku ada wassap tanya harga dvd ni, katanya rm60 siap pos tak silap,
visual dvd dia ok tak?
visual ok, lebih ok drp DVD double trouble in JB
tengah menabung nak beli.
2015 tahun ekonomi aku suram
Post a Comment